TWO L(I)PS WIPEOUT, Tisu Basah Untuk Bahagian Intim Anda! - Glam Malaysia
TWO L(I)PS WIPEOUT, Tisu Basah Untuk Bahagian Intim Anda!

TWO L(I)PS WIPEOUT, Tisu Basah Untuk Bahagian Intim Anda!

Kenali produk terkini daripada jenama yang cukup pakar dalam menyingkir bulu intim, STRIP: Ministry of Waxing, iaitu tisu basah mereka yang dikenali sebagai TWO L(I)PS WIPEOUT.

STRIP: Ministry of Waxing adalah sebuah pusat servis bertaraf global yang cukup popular serta pakar dalam menyingkir bulu tubuh. Disamping menyediakan servis ini, mereka turut melaksanakan amalan kebersihan yang ketat termasuklah penciptaan Pek Kebersihan Peribadi yang direka khas oleh jenama ini buat bahagian badan yang paling intim. Kami bersetuju dengan pek penjagaan seperti ini yang mana jarang sekali dipraktikkan oleh wanita hari ini. 

Dan baru-baru ini, STRIP telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu TWO L(I)PS WIPEOUT, iaitu tisu pembersih wanita dengan keseimbangan pH optimum. Ia memberikan rasa segar ibarat baru lepas mandi dengan hanya sekadar satu sapuan. Ia diperbuat daripada material kapas organik terbiodegradasi serta mengandungi rumusan bahan yang begitu unggul. 

Fungsi Tisu Wanita

intim

TWO L(I)PS WIPEOUT mampu menenangkan, mengurangkan kemerahan, memberi lembapan, meredakan rengsaan serta membersihkan kotoran, peluh juga sebum berlebihan. Dengan adanya bahan kandungan seperti pati minyak Evening Primrose, segala masalah ini mampu dirawat. Bukan itu Sahaja, kandungan Arginine turut ada di dalam tisu basah ini yang berfungsi melindung kulit daripada kerosakan hasil radikal bebas sambil menggalakkan lagi penghasilan kolagen. 

See also
Miss Dior Kini Generasi 'Portable'

Pathenol turut menjadi intipati penting bagi memulihkan kulit yang meradang. Manakala, Resveratrol sebagai bahan aktioksidan yang mampu melindung kulit daripada tekanan elemen persekitaran. Segala kandungan yang diletakkan pada tisu basah ini langsung tidak mengganggu kadar pH semula jadi kulit, malah memberikan lagi lembapan terbaik. Tidak dilupakan, wangian menyenangkan yang anda akan jumpai pada tisu ini iaitu minyak pati Rosemary juga Geranium yang mampu memberi manfaat antibakteria terbaik.

Sudah tiba masanya, kita semua menyimpan pek mudah ini di dalam tas tangan setiap kali keluar rumah. Pentingnya memastikan bahagian intim kita senantiasa di dalam keadaan segar serta sihat. Ternyata ramai wanita hari ini yang menyimpan masalah kulit kering, kemerahan serta bau kurang menyenangkan pada bahagian intim mereka.

TWO L(I)PS, WIPEOUT telah diuji secara dermatologi dan dibuat tanpa sulfat, paraben, alkohol, pewarna, peluntur, pewangi tiruan dan phenoxyethanol. Dapatkan pada harga RM50 sekotak/20 helai. 

 

Pautan Berkaitan: Cara-Cara Menghangatkan Hubungan Intim Anda Bersama Si Dia

See also
Coach Wild Rose Pilihan Wanita Alaf Baru