Kebersihan diri penting untuk kekal segar dan sihat. Tetapi sayangnya, tidak semua orang tahu tentang cara menjaga menjaga diri dengan betul.
Kebersihan diri atau personal hygiene ialah tindakan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk memperoleh kesihatan fizikal dan psikologi yang optimum. Ia amat dititikberatkan dalam kehidupan kita tidak kira agama, sains atau perubatan.
Isu ini sangat berkait rapat dengan kesihatan mental, fizikal dan rohani. Malah tanpa tahap kebersihan yang baik, anda juga lebih mudah untuk terdedah kepada penyakit. Badan anda terdedah kepada pelbagai jenis kuman setiap hari, sama ada pada kulit anda atau di dalam mulut. Semua kuman dan kulit ini akan terkumpul jika tidak dibuang atau dibersihkan dan anda berpotensi untuk dapat jangkitan.
6 Tip Kebersihan Diri Yang Perlu Diterapkan
Kebersihan diri adalah salah satu kunci untuk menjaga kesihatan diri. Jika anda tidak menjaga kebersihan diri, anda boleh terdedah kepada pelbagai penyakit yang tidak diingini.
1. Mandi Setiap Hari
Foto: Freepik
Mandi sekurang-kurangnya dua kali seharisangat penting untuk menjaga kebersihan anggota badan dan mencegah daripada kuman. Ia adalah sebahagian daripada langkah atau petua kebersihan diri kerana ia boleh bersih daripada peluh, kotoran, dan kuman.
Bagi mereka yang kuat berpeluh terutamanya yang tinggal di kawasan beriklim panas seperti Malaysia, kami menggalakkan anda untuk menggunakan deodoran untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.
2. Menggosok Gigi
Caralainuntukmenjagakebersihandiriadalahmenjagakesihatan gusi dangigi dengan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Tujuannya adalah untuk menjaga kebersihan mulut, mengelakkan nafas berbau.
Waktuterbaikuntukmemberusgigiialahselepasmakandansebelumtidur kerana ia boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang menempel di celah-celah gigi. Jangan sesekali mengabaikan menggosok gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana bakteria berbahaya lebihaktifpadawaktumalamketikaanda sedangtidur.
3. Menjaga Kebersihan Pakaian
Foto: Freepik
Menjaga kebersihan diri bukan sahaja pada anggota badan kita malah ia juga termasuk dengan sekeliling kita. Untuk memastikan kebersihan anda terjaga, pastikanandamemakaipakaianyangbersihdankering sahaja. Pakaian yang bersih bukan sahaja mencegah daripada penyakit tetapi ia juga membantu mengekalkan imej dan keterampilan diri.
Pakaianyangkotordanberbaubukansahajatidakselesauntukoranglain,malah ia bolehmemudaratkankesihatansepertimenyebabkanjangkitankulit. Oleh itu, pakaian yang sudah dipakai atau digunakan serta kotor hendaklah dicuci dengan sabun pencuci pakaian.
4. Menjaga & Mencuci Rambut
Mencuci rambut bukan sahaja ketikan mandi namun andajugabolehpergikesalunrambutuntukmencucidanmerawatrambutterutamanyajikarambutandabermasalah. Anda disarankan mencuci rambut sekurang-kurangnya seminggu sekali. Walaubagaimanapun,jikaanda kerap berpeluhatauterdedahkepadapersekitaranyangberdebudankotor,andaharusmencuci rambutdenganlebih kerap.
Selain itu,untukmengekalkanrambut yang bersihdansihat,elakkanberkongsisikat bersama oranglain. Hal ini kerana, berkongsisikatbolehmerebakkanmasalahkulitkepalasepertikutu atau kelemumur. Bagiwanitayang bertudung, penjagaan rambut juga sangat penting. Gunakansyampuyangsesuaidankeringkanrambutandasebelummemakai tudung.
5. Kebersihan Wanita
Seperti yang kita tahu, setiap wanita akan datang haid pada setiap bulan. Oleh itu, penjagaan kebersihan diri ketika haid juga adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang penyakit.
Pastikan anda menukar pad atau tampon setiap 4 hingga ke 6 jam sekali untuk mengelakkan sebarang jangkitan. Namun, jika darah anda keluar dengan terlalu banyak, anda disarankan untuk menukar dengan lebih kerap.
6. Rajin Mencuci Tangan
Terlalu ramai orang yang tidak mengambil berat tentang mencuci tangan. Tahukah anda, tangan yang kotor sangat berpotensi membawa kuman bukan sahaja kepada diri anda namun kepada orang lain juga.
Waktu yang perlu anda mencuci tangan adalah ketika selesai menggunakan tandas, sebelum dan selepas makan, setelah memegang bahan makanan yang mentah, setelah menyentuh muka dan pada bila-bila masa yang anda rasa tangan anda kotor atau tercemar seperti setelah batuk dan bersin pada permukaan tangan.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kebersihan diri lain yang perlu anda jaga seperti :