Le Grand Palais Jadi Inspirasi Koleksi Percutian Laura Mercier - Glam Malaysia
Laura Mercier

Le Grand Palais Jadi Inspirasi Koleksi Percutian Laura Mercier

 

Halloween berakhir hujung minggu lalu, jadi bermaknanya bermulalah kiraan menjelang musim percutian Disember dan juga persiapan menyambut keraian tahun baharu. November juga menjadi detik pemula himpunan percutian mula menghiasi rak-rak di butik, baik fesyen mahupun kecantikan.

Lazimnya bila tiba musim percutian pelbagai jenama kecantikan akan tampil dengan pek istimewa yang dibintangi oleh produk ikonik mereka. Lebih menarik ada juga jenama yang tampil dengan item baharu dan seperti selalu ia boleh didapati dalam waktu yang amat terhad atau senang kata limited edition. 

Laura Mercier

Laura Mercier jenama kecantikan yang dibangunkan di kota New York oleh Laura sendiri yang merupakan wanita kelahiran Perancis yang sudah banyak merias wajah-wajah ternama termasuklah Mariah Carey. Musim percutian ini Laura Mercier tampil dengan pelbagai pakej menarik yang dilatari bungkusan warna merah dan hitam. Le Grand Palais, salah satu lokasi tersohor di Paris menjadi nadi inspirasi kepada koleksi edisi terhad ini. Kemegahan seni binanya muzium dan ruang acara terkenal ini diterjemahkan pada bungkusan juga bekas produk Laura Mercier terpilih. Himpunan yang dinamakan sebagai Grand Ball Holiday 2021 ini sudah pun berada di pasaran termasuklah secara atas talian. 

See also
GLAM Selongkar Rahsia Cantik Zahirah MacWilson

GLAM pilihkan tiga produk yang patut anda miliki dari laura Mercier musim ini, baik untuk jadi kegunaan sendiri mahupun untuk dijadikan bingkisan buat keluarga atau teman hujung tahun ini. 

Laura Mercier

 

Set-A-Porter Translucent Loose Setting Powder (RM65)

Tidak perlu diperkenalkan lagi, bedak tabur ini sudah banyak meraih anugerah kecantikan di seluruh dunia malah ia menjadi pilihan utama jurusolek profesional. Untuk bungkusan ini, bedak yang hadir dalam dua warna yakni Translucent dan Translucent Honey ini sering dijadikan sebagai pengunci asas solekan dan mampu bertahan selama 16 jam. 

Prime A La carte Pure Canvas Primer Trio (RM195)

Kunci asa solekan yang sempurna bermula dari segi penyediaan kulit sebelum sebarang alat solek dicalit pada wajah. Selepas melembap, sapuan primer adalah penting untuk memastikan solekan tahan lebih lama. Pek edisi terhad ini hadir dengan primer dalam saiz kembara dan dilengkapi dengan tiga primer berbeza yang mana tiap satunya punya fokus berbeza. Primer Laura Mercier ini dilengkapi dengan ekstrak buah zaitun yang memulus dan mengunci lembapan kulit. 

See also
Solekan GLOW Pilihan Utama Jurusolek

Laura Mercier

Shimmer & Glow Mini caviar Stick Trio (RM150)

Caviar Stick Eye Color ini antara pembayang mata yang laris di laura Mercier. Malah saya kenal beberapa orang jurusolek kita yang sangat gemar menggunakan pembayang mata dalam bentuk pensel ini. Selain mudah dioles, diadun warnanya, teksturnya juga sangat berpigmen membuatkan solekan mata lebih menonjol. Pek istimewa ini tampil dengan tiga warna popular iaitu Cocoa, Amethyst dan Copper. Jika pandai, gunakan satu warna pun sudah boleh menonjolkan riasan mata. 

Baca: Langkah Tepat Untuk Riasan Tahan Lama