Aura Regenerative Wellness, Satu Destinasi Holistik Cantik Sempurna
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioAURA REGENERATIVE WELLNESS ADALAH SATU DESTINASI ISTIMEWA YANG SEMPURNA BUAT MENGEMBALIKAN KESIHATAN DALAMAN DAN PENJAGAAN ESTETIK.
Dalam kesibukan kota yang membuatkan badan kita selalu letih serta tidak bermaya. Ada kalanya kita tidak tahu mana perginya masa. Setelah menghabiskan masa di meja pejabat dan pulang ke rumah pula, kita perlu menguruskan rumah. Sehingga lupa untuk berehat seketika. Badan makin lesu tanpa rehat yang secukupnya. Seri wajah juga hilang tanpa kita sedari. Namun, semua ini boleh dikembalikan di Aura Regenerative Wellness. Ia bagaikan satu syurga yang ada di tengah kota Kuala Lumpur. Satu unit yang lengkap dalam memberikan tenaga badan lebih aktif dan khidmat penjagaan estetik buat raut wajah kembali muda remaja.

Doktor Siew Tuck Wah (tengah) bersama Doktor Abirami Mogan dan Doktor Phoong Yee Pin
Doktor Siew Tuck Wah adalah insan disebalik destinasi sempurna ini. Tunjang utamanya adalah untuk mencipta pusat kesihatan integratif dan anti-penuaan pertama di Malaysia. Ia meliputi kesihatan rohani dan jasmani. Setiap khidmat yang disediakan bersesuaian dengan gaya hidup orang kota metropolitan.

Ada juga rawatan mengembalikan raut wajah tanpa memerlukan pembedahan kerana mesin yang digunakan adalah yang paling canggih! Selain muka, di Aura Regenerative Wellness juga menyediakan servis mengkonturkan badan. Ia menggunakan alat yang berinovasi tinggi. Seperti Z-Lipo yang mana ia menyejukkan kawasan sasaran untuk mendorong pemusnahan sel lemak tanpa merosakkan tisu sekeliling.

Bagi menjadi pendahulu dalam lapangan kesihatan yang holistik, Aura Regenerative Wellness menyediakan pelbagai khidmat yang terbaik. Di sini terdapat servis krioterapi seluruh badan yang pertama di Malaysia. Dalam tiub istimewa, seluruh badan didedahkan dengan suhu sub-sifar dengan oksigen semata-mata, tanpa ada nitrogen agar memberikan keselamatan yang utama kepada pelanggan.

Sesudah terdedah dengan suhu yang sejuk, boleh habiskan masa di kolam air masin yang diisi dengan 1,400kg garam Epsom berkualiti tinggi. Terapi yang boleh dilakukan berdua dalam satu masa adalah yang pertama di Malaysia. Kebaikkan berendam dalam air masin antaranya memulihkan neosensori, mempercepatkan pemulihan otot, peraturan tidur dan peningkatan kognitif. Pengalaman 45 minit dalam bilik istimewa ini selama 45 minit nyata memberikan badan lebih tenang seperti urutan badan yang paling sempurna!
Artikel Berkaitan: 4 Trend Kecantikan 2025 Ramalan GLAM
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
