Diari Cantik Bersama Cili
Cili

Diari Cantik Bersama Cili

Untuk Diari Cantik bulan ini, GLAM mendekati pempengaruh digital, Cili atau lebih dikenali sebagai Cilibling yang berumur 25 tahun yang amat mencintai dunia kecantikan. Mari kita kenali gadis jelita ini dengan lebih dekat lagi, rutin kecantikan yang sering diamalkannya dan produk kecantikan wajib dimiliki. 

1. Apa produk kecantikan wajib anda miliki?

Mascara kalis air! Tiada hari yang lebih baik daripada mempunyai bulu mata yang baik. Jika saya mahukannya, ia mesti kalis air atau jika tidak, bulu mata saya yang pendek ini akan kembali lurus. Selain daripada itu, krim pelbagai guna yang menambah warna pada pipi, bibir, dan kadangkala juga mata saya. Pilihan kegemaran semasa saya ialah Nars Multiple Stick. Tidak lupa juga, lip oil! Tiada apa yang membuatkan saya kelihatan segar seperti mempunyai bibir yang terhidrat dengan sempurna dan kini saya gemar Huda Beauty Faux Filler Jelly Oil.

Cili

2. Untuk anda yang sering melancong, apakah rutin kecantikan anda untuk kelihatan segar?

Saya suka menggunakan tinted sunscreen dan memakai pemerah pipi untuk menambah sedikit warna pada muka dan bibir saya.

See also
Diari Cantik Anna Jobling

3. Siapa ikon kecantikan dikagumi anda?

Ibu saya. Bukan kerana kami mempunyai gaya solekan yang sama, kerana dia sentiasa mengutamakan penampilan yang rapi sebelum meninggalkan rumah dan saya fikir ia sangat bagus untuk mengutamakannya.

4. Apakah trend kecantikan anda sedang ikut sekarang?

Ia sangat sukar untuk dikatakan kerana sebagai seorang pempengaruh digital, kecantikan saya sentiasa mengikuti trend. Bagi saya trend kecantikan kegemaran adalah gaya rambut “big blowouts”. Saya suka rambut yang tebal dan beralun dan saya rasa lebih banyak salun di Malaysia harus menyediakannya sebagai perkhidmatan.

5. Seperti yang kita tahu, kecantikan bukan hanya pada solekan semata-mata, apakah rahsia anda untuk rambut yang lebat dan berkilau?

Secara jujur, genetik dan minyak rambut. Saya mengalami kerosakan yang sama tetapi menggunakan minyak rambut dan memotong rambut sekali-sekala amat diperlukan untuk mendapatkan rambut yang sihat.

 

Artikel berkaitan: Diari Cantik Bersama Dr. Diyana Shah

Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

Penulis