Amaris Kini Berada Di Suria KLCC
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioAmaris membuka ruang baharu dan pertama di Malaysia yang menempatkan barisan haruman mewah dan kini secara eksklusif tersergam indah berada di Suria KLCC. Alami pengalaman menakjubkan bersama pilihan minyak wangi terbaik dunia.
Selain pilihan haruman terbaik, ruang butik ini punya keseimbangan rekabentuk lembut dengan sentuhan warna berani dan aksen emas yang kukuh. Dalam menguatkan sentuhan serba mewah dan eksklusif. Perincian percikan jubin terrazzo menonjol di setiap sudut dan juga di ruang meja. Ilham cukup memberikan kepuasan bersama elemen mewah pada setiap ruang.

Discovery Bar merupakan ruang yang mencetus keseronokan apabila berkunjung ke Amaris. Ianya seperti taman permainan buat hidung anda kerana dipenuhi dengan bau-bauan terpilih dan menawarkan pengalaman bermakna buat diri anda. Barisan pelbagai bentuk dan jenis botol wangian punya aroma memikat dipamerkan untuk dihidu dan berinteraksi. Biarkan diri anda melewati ke setiap sudut dan alami mood yang berbeza kala menghidu aroma wangian berbeza. Samada anda masih baru dalam dunia wangian atau ingin membeli minyak wangi buat kali pertama, Discovery Bar adalah tempat paling sesuai kerana anda boleh mengenali personaliti anda serta memilih haruman bertepatan.
Setelah meneliti Discovery Bar, berikut adalah beberapa wangian sorotan pilihan GLAM wajib anda miliki dan alami:
Ex Nihilo Fleur Narcotique

The Fleur Narcotique oleh Ex Nihilo menyeimbangkan antara sofitikasi dan sensual. Umpama berjalan di atas garisan halus antara musky dan bunga. Sorotan nota aroma terawal adalah menerusi aroma laici manis yang bermain dengan sempurna dengan nota kayu dan lumut, ternyata cipta mood seksi. Profilnya seperti chameleon yang membolehkan bau itu beralih dengan mudah dari siang ke malam.
Roja Elixir

Manis dan hangat, Roja Elixir ibarat sejambak bunga yang dijemput eksklusif. Gabungan feminin Rose, Raspberry, Peach dan Vanilla adalah penaik mood automatik dan menyelubungi badan dengan aura keyakinan dan tidak dapat ditolak.
Xerjoff Accento Overdose

Bukan sahaja haruman ini dipilih sebagai objek eksklusif tetapi sentuhan botol juga punya definisi tersendiri. Dihiasi dalam emas, Xerjoff Accento Overdose ialah sejambak bunga mewah seperti Egyptian Jasmine, Lily-of-the-Valley dan mawar Bulgaria, kayu putih, Mediterranean Pine , Green Accord dan Aldehydes.
NISHANE Ani

Harumannya berkrim, manis dan sedikit serbuk, Nishane Ani adalah sentuhan unik menerusi pati Vanilla yang mencabar. Susunan tipikal bau yang digemari ini, dibuka bersama Bergamot, permulaannya yang cerah dan segar membangkitkan suasana tenang sebelum aroma mewah Vanilla dan earthy-wood mengambil-alih.
Casamorati Italica

Seperti menyediakan hidangan istimewa, Casamorati Italica yang dicampur dengan Saffron dan badam Sicily yang kemudiannya dipenuhi dengan susu sutera berbisik dan dihiasi dengan Bourbon Vanilla dan gula-gula mentega untuk mendedahkan eliksir yang manis tetapi menggoda. Diasaskan pula dengan Earthy Woods dan kasturi sensual, agar aromanya tidak berbau terlalu manis dan beralih dari siang ke malam dengan mudah.
Artikel berkaitan Rahsia Wangian Kekal Abadi
Selain membariskan pelbagai haruman terbaik dunia, Amaris menawarkan pengalaman gaya hidup olfaktif secara menyeluruh. Barisan esensi keperluan badan, lilin dan alatan peresap turut tersedia. Malah, set hadiah juga turut boleh didapati untuk pembelian. Kunjungi ke lokasi pertama dan baharu Amaris di Suria KLCC atau layari ke laman rasmi amarisbeauty.my untuk pengalaman beli-belah secara dalam talian.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
