Tiga Produk Baharu Untuk Wajah Anda - Glam Malaysia

Tiga Produk Baharu Untuk Wajah Anda

Ada orang memang suka mencuba produk baharu, bertukar-tukar, manakala ada setengah yang lain pula lebih selesa dengan produk yang sama. Bagi anda yang suka mencuba produk baharu, GLAM bawakan tiga produk yang boleh anda cuba untuk merawat dan melindungi kulit anda. 

Tiga Produk Baharu Untuk Wajah Anda

OLEHENRIKSEN COLD PLUNGETM PORE REMEDY MOISTURIZER 

Pelembap ini antara produk Olehenrisken yang paling laris, teksturnya ringan dan sangat berkesan untuk penghidratan cepat. Pelembap ini diinspirasikan dari ‘cold plunge’ iaitu salah satu langkah nyah detoks di sauna ala Scandinavian. Pelembap ini dianggap sebagai bebas minyak membuatkan wajah tidak berkilat-kilat juga pori lebih rapat. Pelembap ini semestinya ‘hadiah’ terbaik buat anda yang mempunyai kulit berminyak kerana ia mempunyai formula istimewa, mengandungi BHA (beta hydroxy acid aka salicylic acid) dan LHA (lipo hydroxy acid) untuk membantu menyingkirkan sel kulit mati yang terperangkap di dalam pori wajah. Ia melembutkan tekstur wajah yang tidak sekata dan memudar garis halus, kedutan dan tompok hitam.

See also
KKW Beauty Bakal Tandingi Empayar Kylie?

Tiga Produk Baharu Untuk Wajah Anda

GROWN ALCHEMIST ANTI-POLLUTION PRIMER

Wajah bukan Sahaja perlu dilindungi dari sinar UV, tapi harus juga dilindungi daripada kesan pencemaran yang akhirnya boleh merosakkan kulit. Mungkin tidak ramai yang peka tentang penggunaan primer yang bertindak sebagai pelindungw ajah daripada pencemaran. Selalunya kita menyapu krim tabir Suria sebagai pelengkap dalam rutin penjagaan kulit, tapi anda juga boleh mengoles anti-pollution primer sebagai penyempurna rejim penjagaan. 

Grown Alchemist Anti-Pollution Primer bertekstur ringan dan diformulasikan dengan anti-pollution shield complex yang menyediakan juga melindungi kulit. Ia juga boleh dijadikan asas solekan kerana ia mengaburi kedutan dan pori wajah selain menghidratkan kulit. Ia mengandungi ekstrak cendawan Ganoderma yang merawat oksidasi dan keradangan juga mengurangkan kedutan. Gel-Primer Base Complex menawarkan asas sapuan bebas silikon yang melembap dan menyamar kedutan dan pori. Cara menggunakannya, sapukan pada wajah selepas disapu dengan serum dan pelembap. Selepas menyapu Anti-Pollution Primer barulah sapu rata bedak asas. Boleh juga disapu begitu sahaja tanpa bedak asas.

See also
Gen-Z Beauty, Individualiti dan Berekspresi

Artikel Berkaitan: Tiga Produk Melengahkan Penuaan Decorte

Tiga Produk Baharu Untuk Wajah Anda

MIDNIGHT RECOVERY CONCENTRATE FACE OIL

Ini bukan produk baharu, tapi ia hadir dalam bungkusan istimewa. Minyak wajah ini antara yang terawal diperkenalkan saat jenama-jenama lain baru mahu bermula menyakinkan pengguna untuk mengoles minyak di wajah mereka. Sesetengah orang memang skeptikal menyapu minyak di muka kerana mereka fikir ia akan membuat wajah tidak selesa, terasa melekit-lekit. 

Midnight Recovery Concentrate Face Oil mengandungi minyak esensi lavender dan diadun bersama evening primrose oil yang mana kedua-duanya bertindak untuk merawat kulit sewaktu kita beradu. Walaupun minyak, teksturnya tetap terasa ringaan saat disapu pada wajah. Sapukan setiap malam untuk kondisi wajah yang lebih lembut dan mulus keesokan pagi.

Artikel berkaitan: 10 Petua Cantik Amalan Supermodel Ternama Dunia