Sensual Wangian Hermès Barénia Eau De Parfum
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioAroma disebalik ramuan ajaib menyerlahkan komposisi sensual wangian chypre pertama di Hermès. Pengarah Kreatif Hermes Perfumes, Christine Nagel berjaya menemui haruman yang punya tarikan feminin, berjiwa bebas dan berani dalam wangian Hermès Barénia Eau De Parfum.
Wangian mewah Barénia merupakan wangian chypre pertama yang digabungkan bersama intipati unik seperti bunga lili rama-rama yang halus dan buah beri ajaib yang menakjubkan. Diserlahkan pula bersama aroma kayu oak yang hangat dan patchouli membangkit emosi yang tidak terkata.
Komposisi Sensual Wangian Chypre Pertama Di Hermès

Campuran abadi ini adalah titik balas olfaktori yang mewah dan memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Barénia ialah kulit asli warisan Hermès. Teksturnya halus, lembut dan sangat sensual kala disentuh. Sesuai dengan metafora buat Hermès Chypre yang menarik jiwa wanita bebas dan berani.
Hermès Barénia Eau De Parfum
Rekaan botol kaca Barénia oleh pereka Philippe Mouquet yang mendapat inspirasi daripada Collier de Chien yang ikonik dengan membentuk lengkungan sejernih kristal dan memilih logam berharga. Kod warisan ini disatukan secara harmoni untuk mencipta sekeping simbolik yang berkuasa.
Barénia Eau De Parfum boleh didapati di butik Hermès, secara eksklusif di kaunter Hermès Parkson Pavilion Elite Kuala Lumpur dan Seibu, The Exchange TRX mulai 2 September.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


