Kemaskini Rutin Cantik Di Musim Tahun Baru Cina - Glam Malaysia
Kemaskini Rutin Cantik Di Musim Tahun Baru Cina

Kemaskini Rutin Cantik Di Musim Tahun Baru Cina

Sebanyak 8 jenama kecantikan hadir dengan seleksi istimewa hanya untuk sambutan Tahun Baru Cina 2021. 

Sepertimana yang anda tahu, menjelang sahaja perayaan pasti kelam-kabut buat janji temu dengan beautician masing-masing. Hanya untuk serikan wajah dalam masa singkat. Tetapi, adalah seeloknya jika penjagaan kulit wajah ini dilanjutkan serta diperkemaskan dengan produk pilihan ramai. 

Tiada yang lebih bermakna jika mendapat bingkisan istimewa di saat meraikan hari paling penting. Beberapa jenama kecantikan cetus idea unik dalam memilih rangkaian produk terbaik yang tersedia dalam edisi terhad. Lagi pula, musim PKP ini, hanya berada di rumah dan tidak boleh melakukan rutin kebiasaan berkunjung ke pusat kecantikan. Oleh itu, GLAM tampilkan 8 jenama kecantikan terbaik punya bingkisan edisi terhad ini. Anda pasti teruja!

GUCCI LIMITED EDITION ROUGE ÀLÈVRES SATIN

Gucci Beauty LIMITED EDITION ROUGE ÀLÈVRES SATIN
Gucci Beauty LIMITED EDITION ROUGE ÀLÈVRES SATIN

Trio gincu merah dalam rekaan penuh eksklusif. Gucci Beauty turut tidak ketinggalan dalam menampilkan koleksi terhad khas buat sambutan Tahun Baru Cina. Gincu Rouge àLèvres Satin dihiasi bersama kelongsong rona emas bersama rekaan inspirasi Art Deco dikatakan membawa tuah buat si pemakai. Gabungan koleksi, 25* Goldie Red, 505 Janet Rust dan 513 Emmy beri ilham serba menarik dan sensual.

See also
Tiru Trend Kuku Musim Bunga/Panas 2021

CLÉ DE PEAU BEAUTÉ LIMITED EDITION THE SERUM

CLÉ DE PEAU BEAUTÉ LIMITED EDITION THE SERUM
CLÉ DE PEAU BEAUTÉ LIMITED EDITION THE SERUM

Bawa tuah bersama serum wajib dimiliki tahun 2021. Clé de Peau Beauté hadir dengan serum istimewa yang direka khas dalam kelongsong berona merah dan emas. Serum ini dikatakan memberi efek kulit lebih cerah, anjal dan bertindak sebagai illuminator kulit wajah. Tidak heranlah kenapa serum ini paling laris di pasaran.

SUPERGOOP UNSEEN SUNSCREEN

SUPERGOOP UNSEEN SUNSCREEN LIMITED-EDITION SUPERSIZE
SUPERGOOP UNSEEN SUNSCREEN LIMITED-EDITION SUPERSIZE

Hadir dalam saiz jumbo! Hanya edisi istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina. Supergoop bawakan produk Unseen Sunscreen SPF 40 ke Malaysia buat julung kalinya. Sesuai untuk semua jenis kulit tanpa meninggalkan kesan minyak. Apa lagi dapatkan dengan segera.

DYSON SUPERSONIC HAIR DRYER

DYSON SUPERSONIC HAIR DRYER
DYSON SUPERSONIC HAIR DRYER

Pemberian hadiah eksklusif saat menyambut musim festival sudah menjadi kebiasaan. Set pengering rambut dalam badanan warna merah,Dyson Supersonic hadir dengan edisi istimewa. Keringkan rambut dengan segera saat sambutan Tahun Baru Cina dengan teknologi serba  canggih dan cepat. Yang penting rambut bebas dari kepanasan haba. 

LAURA MERCIER UNWRAP YOUR FORTUNE LIMITED EDITION

See also
8 Koleksi Fesyen Tahun Baru Cina Yang Glamor
LAURA MERCIER UNWRAP YOUR FORTUNE LIMITED EDITION
LAURA MERCIER UNWRAP YOUR FORTUNE LIMITED EDITION

Sempena meraikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina 202, Laura Mercier menampilkan tiga produk ikonik yang mendapat sentuhan berbeza. Salah satu produk ikonik Laura Mercier, hadir dalam bungkusan terhad berona merah dengan kemasan emas, ilhamnya cukup elegan. Keunikan bedak kompak cushion ini melindungi cela  secara buildable yang merefleksi kepada warna kulit natural. 

FRESH LIMITED EDITION BLACK TEA 

FRESH LIMITED EDITION BLACK TEA 

Sempena meraikan hari penuh bermakna, Fresh tampilkan pilihan istimewa dari koleksi paling laris Black Tea iaitu Kombucha Facial Treatment Essence, Black Tea Firming Corset Cream dan Black Tea Firming Overnight Mask. Gabungan trio ini disatukan dalam bungkusan merah bercorak bunga emas. Demi keselamatan di musim PKP ini, Fresh juga membuat servis penghantaran ke rumah. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari https://www.fresh.com/my/fresh-home-delivery.html

FENTY BEAUTY NEW YEAR GLOW LIP + LUMINIZER SET

FENTY BEAUTY NEW YEAR GLOW LIP + LUMINIZER SET
FENTY BEAUTY NEW YEAR GLOW LIP + LUMINIZER SET

Tampil bersinar dari hujung kepala hingga ke hujung kaki saat meraikan musim festival. Fenty Beauty tampilkan edisi terhad yang menampilkan koleksi ‘Must Have’ iaitu Diamond Bomb All-Over Diamond Veil dan Gloss Bomb Universal Lip Luminizer. 

See also
Glam Sip 'N Skin Bersama Duta Global Fenty Skin, Sean Garrette

L’OCCITANE IMMORTELLE  RESET OIL-IN SERUM EDISI TERHAD

L’OCCITANE IMMORTELLE  RESET OIL-IN SERUM EDISI TERHAD
L’OCCITANE IMMORTELLE  RESET OIL-IN SERUM EDISI TERHAD

Alami kulit pengalaman kulit sinar berpanjangan bersama edisi terhad Immortelle Reser Oil-In Serum. Kaya dengan pati Marjoram, Acmella Oleacera dan ekstrak minyak esensi Immortelle. Bukan sahaja bertindak mengaktifkan kulit bermaya malah juga sebaga ajen aktif anti-oksida. Pasti saat meraikan tahun baru, kulit kekal licin dan segar.  

Pautan berkaitan Rahsia Cantik Wanita Korea