Clé de Peau Beauté Meraikan Inovasi Sains Skin Intelligence - Glam Malaysia

Clé de Peau Beauté Meraikan Inovasi Sains Skin Intelligence

Jenama penjagaan kulit premium, Clé de Peau Beauté hos acara global di Tokyo, Jepun dalam meraikan inovasi sains Skin Intelligence.

Tokyo Cle de Peau

 

Jenama kegemaran ramai selebriti A-list ini sentiasa teguh dengan pendekatannya terhadap sains dan komitmen dalam penghasilan sebuah produk yang punya kelainan dalam mengatasi setiap permasalahan kulit wajah.

Sejak pelancaran pada 1982, Clé de Peau Beauté telah komited untuk meneruskan pemahaman yang lebih mendalam tentang Skin Intelligence. Iaitu keupayaan semula jadi kulit untuk membezakan antara rangsangan positif dan negatif dalam untuk mengekalkan kondisi yang optimum pada tahap epidermis.

Cle de peau Beauté

Ella Balinska dan Diana Silverss di Malam Gala Cle de Peau Beauté, Ritz Carlton Tokyo

Clé de Peau Beauté, jenama mewah global dari syarikat Shiseido telah diasaskan pada 1982 sebagai ekspresi muktamad kemewahan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama itu adalah untuk membuka kunci kuasa sinaran seseorang dengan memanfaatkan teknologi solekan dan sains penjagaan kulit.

Clé de Peau Beauté telah menerapkan produknya dengan kemodenan, sains termaju dan dinamisme untuk muncul sebagai peneraju industri. Clé de Peau Beauté memperkenalkan satu teknologi baharu yang menyokong kulit sebagai organ ‘Berfikir’. Teknologi ini dikatakan meningkatkan keupayaan reparatif (membaik pulih) pertahanannya dalam memperkasakan tindakbalas secara semula jadi. Kekuatannya sehingga mencapai keserian kulit yang optimum.

Cle de Peau

Seperti yang sedia maklum, rangkaian penjagaan kulit wajah Clé de Peau Beauté iaitu Key Radiance Care dirumuskan dengan Skin Empowering Illuminator untuk meningkat kecerdasan kulit secara semula jadi dengan rangsangan positif dan negatif sehingga mencapai sinaran yang optimum.

See also
Wangian Mewah Issey Miyake Di Lazada

GLAM dijemput terbang ke Tokyo, Jepun selama tiga hari untuk mempelajari dan mengenali lebih terperinci mengenai kehebatan penguasaan sains Skin Intelligence bersama panel terkenal Clé de Peau Beauté iaitu Kiyoshi Sato, Ketua Pegawai Teknologi Clé de Peau Beauté, Dr. Shinobu Nakanishi, Saintis Penyelidikan di Makmal Clé de Peau Beauté.

Ella Balinska, Diana Silverss

Duta Global Cle De Peau Beauté, Ella Balinska dan Diana Silverss ketika sesi temubual bersama GLAM

Rangkaian penjagaan kulit wajah Clé de Peau Beauté iaitu Key Radiance Care dirumuskan dengan Skin Empowering Illuminator

Acara global ini mengumpulkan para pengarang kecantikan dari 18 buah negara serata dunia dan bintang media sosial kecantikan bersama-sama ditempatkan untuk mengalami pengalaman eksklusif bersama Clé de Peau Beauté. Acara revolusi ini diserikan dengan kehadiran dua duta Antarabangsa Clé de Peau Beauté, Ella Balinska dan Diana Silvers. Pusat Inovasi Global Shiseido di Yokohama menjadi tuan rumah dan saksi eksklusif mengenai pendedahan rangkaian gen kulit yang divisualisasikan buat kali pertama. Rangkaian ini terdiri daripada kolektif dalaman yang beroperasi secara bebas daripada rangkaian neuron yang menggerakkan otak.

clé de peau

Melengkapi acara eksklusif ini, hadirin dipertontonkan dengan pemasangan skrin seni imersif bertemakan Unseen Intelligence yang terletak di Tokyo Midtown. Hasil seni ini dilaksanakan  oleh artis media terkenal Refik Anadol. Refik Anadol membawa pendekatan cemerlangnya kepada naratif data yang membayangkan rangsangan kulit secara tersembunyi.

Cle de Peau Beauté

Menurut Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté, “Saya bangga dapat mempamerkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi melalui Skin Intelligence kepada pakar kecantikan di seluruh dunia. Dengan pendekatan penjagaan kulit kami yang unik, kami telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai perintis industri, mentakrifkan semula masa depan penjagaan kulit. Saya teruja dengan kemungkinan tanpa had yang menanti untuk masa depan yang lebih cerah.”

See also
GLAM 101: Black And Beautiful

Kolaborasi antara Refik Anadol dan Clé de Peau Beauté terjalin dalam menghidupkan sistem autonomi Skin Intelligence menerusi kulit yang tidak kelihatan dan mencetus pengalama yang tidak dapat dilupakan yang memberi inspirasi terhadap penonton seluruh dunia. Kerjasama ini juga berdasarkan analogi unik antara kecerdasan kulit dan kecerdasan buatan dari perspektif terhadap subjek yang halimunan kepada terlihat.

clé de peau

SEMBANG CANTIK BERSAMA KIYOSHI SATO, KETUA PEGAWAI TEKNOLOGI CLÉ DE PEAU BEAUTÉ

Mr.Kiyoshi Sato

Mr.Kiyoshi Sato

  1. Bolehkah anda kongsi prinsip di sebalik Skin Intelligence?

Apa bila kali pertama saya menyertai Shiseido, pakar penyelidikan di sini sudahpun mengkaji potensi pintar terhadap kulit kita. Di sini, kami percaya bahawa kulit adalah lebih daripada sekadar membrane yang memisahkan dunia luar dari dalam. Prinsip disebalik Skin Intelligence ini berdasarkan pelbagai kajian tentang lima rangsangan deria yang diterima oleh kulit. Ini menunjukan bahawa kulit dapat membezakan rangsangan positif dan negatif.

  1. Apakah produk Clé de Peau Beauté paling membanggakan dan pilihan anda?

Ikut saya, ke semuanya! Tetapi jika hendak dipilih Le Serum. Teksturnya dan berfungsi untuk meremajakan kulit wajah. Seperti kulit saya memerlukan sokongan produk yang dapat mengatasi masalah penuaan. Sekarang ini di Jepun, cuaca terlalu panas dan humid menyebabkan saya perlu kekal dengan rutin penjagaan yang khas. Selain Le Serum, Lotion juga merupakan pilihan wajib dan melengkapi rutin.

  1. Bagaimanakah anda ingin menyampaikan pembelajaran mengenai komuniti sel ke arah mencipta kulit yang lebih cantik?

Dengan mendedahkan aktiviti kelompok gen ini yang terlibat dalam menyumbang kepada pembentukan ciri-ciri kulit. Malah, mungkin mendapati bahawa salah satu daripadanya memegang kunci untuk meningkatkan Skin Intelligence. Ini berpotensi meningkatkan penyelidikan kecerdasan kulit kami daripada peringkat selular kepada peringkat genetik.

  1. Apakah saranan anda dalam memilih produk yang dirumuskan secara semula jadi atau teknologi semata-mata?

Di Clé de Peau Beauté, kami menggunakan kedua-duanya sekali. Apabila penemuan baharu yang kami jumpa, bahan itu akan diekstrak terlebih dahulu untuk melihat potensinya terhadap kulit dan kandungannya sesuai untuk menyelesaikan masalah kulit. Tetapi jika penggunaan teknologi ia lebih kepada efisien dan efektif prosesnya dalam pengeluaran produk. Seperti contoh apabila kulit masih muda atau matang, produk yang berasaskan bahan semula jadi sudah mampu mengatasi  masalah kulit tetapi berbanding kulit yang menua, sudah tentu anda memerlukan kepintaran teknologi dalam menyelesaikan masalah anti-penuaan dengan cepat.

  1. Bolehkah anda berkongsi sebarang pandangan tentang masa depan penjagaan kulit berkenaan dengan Clé de Peau Beauté dan industri secara keseluruhan?

Di Clé de Peau Beauté kami terdedah dengan konsep Skin Intelligence yakni visi masa depan dunia kecantikan. Kami memperkenalkan visualisasi rangkaian gen kulit yang berjaya yang telah meningkatkan pemahaman kami tentang kecerdasan yang wujud pada kulit dengan ketara. Untuk perkembangan dunia kecantikan, bagi saya Personalised Skincare semakin menjadi pilihan wanita kerana mereka terus sasarkan pada masalah kulit tanpa perlu mencuba produk testimoni. Sambil analisis kulit serta-merta.

See also
Trend Kuku Quiet Luxury Pula Menjadi Pilihan

Pautan berkaitan GBC di Tokyo Bersama Pelakon Charlie’s Angels, ELLA BALINSKA