Cartier Perkenal Déclaration, Wangian Memikat Hati
Cartier memperkenalkan Déclaration Eau de Parfum, wangian baharu yang menggabungkan aroma kehangatan dan sentuhan lembut buat mereka yang berani meluahkan perasaan dari hati.
Wangian ini merupakan ciptaan Mathilde Laurent, Pakar Parfum di Cartier, yang membawa nafas baru kepada wangian klasik ini. Ia masih mengekalkan aura asalnya, tetapi dengan sentuhan yang lebih hangat, lebih lembut dan lebih memikat.
Déclaration wangian penuh emosi
Wangian Déclaration terkenal dengan baunya yang berani dan penuh karakter. Dalam versi baharu ini, elemen rempah seperti halia dan bunga cengkih diberi lebih penekanan. Rempah-rempah ini memberi rasa hangat yang mendalam, seolah-olah kita sedang menikmati secawan chai latte yang menyenangkan dan menenangkan.
Aroma rempah yang kuat ini diseimbangkan pula dengan nota lembut dan berkrim, menjadikan wangian ini tidak terlalu tajam atau keras. Ia mempunyai gabungan unik iaitu bau yang kuat, tetapi dalam masa yang sama, penuh kelembutan. Seperti pelukan hangat di musim hujan, wangian ini membawa rasa selesa dan romantik.
Mathilde Laurent berjaya mencipta wangian yang bukan saja harum, tetapi juga penuh emosi. Ia mengingatkan kita kepada perasaan cinta yang jujur, saat-saat kita menyatakan rasa cinta dari hati kepada seseorang tanpa ragu-ragu. Wangian ini sesuai untuk mereka yang berani meluahkan perasaan, yang suka dengan sesuatu yang autentik dan bermakna.
Reka bentuk botolnya pula sangat menarik perhatian. Ia direka dengan warna ambar yang dalam, seperti teh Ceylon yang sedang panas memberi gambaran isi di dalamnya; hangat, pekat, dan penuh rasa. Koleksi Déclaration juga hadir dalam beberapa variasi seperti Eau de Toilette, Essence, Parfum dan Eau de Parfum serta boleh diisi semula. Ini menjadikan ia pilihan bijak untuk mereka yang mahukan keanggunan yang mesra alam.
Secara keseluruhan, Déclaration Eau de Parfum bukan hanya tentang bau, tetapi tentang perasaan. Ia adalah simbol kekuatan dalam kelembutan, dan kelembutan dalam kekuatan. Wangian ini sesuai dipakai siang atau malam, dan sangat ideal untuk mereka yang ingin tampil berbeza, dengan gaya yang matang tetapi tetap penuh jiwa.
Artikel Berkaitan: Takluk Dunia Gaya dengan Clash de Cartier