Rahsia Cantik Wanita Korea - Glam Malaysia

Rahsia Cantik Wanita Korea

Kulit wanita Korea cantik-cantik, itulah perkara pertama yang terbayang di kepala bila bercakap tentang mereka. Itu semla Boleh dilihat dalam drama-drama Korea yang mencetus fenomena tersendiri. Selain jalan ceritanya yang membuat penonton terbuai-buai, saya percaya ramai yang menggilai drama Korea termimpi-mimpi untuk memiliki kulit yang mulus, cerah dan bebas cela seperti hero dan heroinnya. Walaupun bentuk mukanya boleh dibedah juga diubah, tapi kulit yang licin perlukan disiplin yang tinggi. GLAM bariksna lima langkah kecantikan wanita Korea, dan ini hanya sebahagian sahaja, percayalah banyak lagi rahsia kecantikan mereka. 

Krim SPF Adalah Teman Baik

Wanita Korea sangat risau andai kulit mereka menunjukkan tanda pigmentasi dan disebabkan itulah mereka cukup mengutamakan penggunaan krim tabir suria untuk melindungi kulit mereka dari cahaya matahari. Mereka tidak akan kelaur rumah seandainya wajah mereka tidak dilindungi dengan krim tabir suria. Mereka juga rajin melakukan pengelupasan kulit untuk menyingkirkan kulit mati dan untuk memastikan kulit kekal cerah. Mereka turut mengamalkan petua dengan menggunakan beras sebagai exfoliator. Jika wajah mereka ditumbuhi tompok-tompok perang dengan segera mereka dapatkan rawatan kulit dengan menggunakan laser. 

See also
Solekan "Over-the-top" Daripada Paris Fashion Week Anda Patut Cuba

Cucian Tiga Peringkat

Menucui wajah sememangnya langkah asas dalam penjagaan kulit. Tapi cucian sekali tidak memadai bagi wanita Korea. Biasanya mereka melakukan tiga kali cucian dalam satu masa. Cucian pertama adalah menggunakan tisu basah untuk memmenyingkirkan kotoran biasanya mereka akan gunakan tisu ini untuk membersihkan kawasan mata dan leher. Kedua, mereka akan menggunakan minyak cucian wajah dan mereka akan urut lembut sebelum dibilas. Akhir sekali mereka akan basahkan muka dengan air dan gunakan pencuci wajah untuk melengkapkan langkah membersihkan muka. 

Laneige Water Sleeping Mask

Fokus Penghidratan 

Wanita Korea sangat mementingkan penghidratan kulit. Maka tidak Hairan banyak jenama kecantikan mereka dibarisi dengan bermacam-macam jenis pelembap. Bagi mereka kulit yang lembap akan memudahkan mereka mendapatkan wajah yang berseri juga pabila bersolek wajah mereka tampak lebih glowing. Mereka juga cukup suka dengan gaya solekan dewy. Biasanya jika kulit mereka kering mereka akan mencampurkan minyak muka atau serum dengan bedak asas.

Rahsia Wajah Muda Ada pada Krim Tabir Suria

Sulwhasoo First Care

Penggunaan Pupur 

See also
Hidrasi Kulit Matang

Penggunaan pupur sangat popular di Korea. Malah di mana-mana sahaja anda akan lihat kedai-kedai menjual pupur muka. Ada berjenis-jenis pupur dan yang paling popular tentulah jenis topeng. Jadi tidak hairan kalau ada rakan anda yang pergi ke Korea jadikan pupur topeng sebagai buah tangan. Selain pupur jenis topeng, mereka juga terkenal dengan sleeping mask, bukan Sahaja untuk muka mereka cipta juga khusus untuk bibir. 

History of Woo Self Generating Anti-Aging Essence

Penjagaan Waktu Malam

Wanita Korea tidak kisah berapa banyak langkah yang mereka perlu lakukan untuk rejim penjagaan yang sempurna. Mereka biasanya akan menambah langkah menggunakan pengelupasan, sapuan esen juga krim rawatan malam yang mungkin ada tiga langkah termasuklah krim mata. 

Baca: Kisah Bintang Korea Ditemui Mati Di Kediamannya