Personaliti Dan Definisi Kebebasan #IAMLIBRE - Glam Malaysia

Personaliti Dan Definisi Kebebasan #IAMLIBRE

Kisah definisi kebebasan tiga wanita pilihan LIBRE Eau De Parfum menyuntik pengalaman terbaik. Kehangatan aroma disebalik kelembutan bunga-bungaan menyerlahkan personaliti ultra-feminin.

Kebebasan yang dimiliki merupakan idaman setiap wanita dalam kehidupan mereka. “FREE. That’s the one word that defines Yves Saint Laurent.” Wangian terkini daripada YSL Beauty, menerusi LIBRE Eau De Parfum menghembus aura eksperimental dalam meraikan kebebasan dan gaya keperibadian serta menyuntik minda dengan serakan segar dalam mengejar kekuatan diri.

Karya agung ciptaan pakar wangian terkenal, Anne Flipo dan Carlos Benaïm membawakan kelainan dalam menggabungkan elemen lelaki dan wanita dalam satu formula berani. Pati bunga Lavendar dari Provence, Perancis dengan emosi memukau dari Orange Blossom cipta kehangatan. Nota berani, Vanila dari Madagascar dan klasik ambergris dari Grisalva serlahkan intensiti aroma bunga. Kembali kisah terdahulu, di mana kehangatan intipati istimewa ini membawa kepada elemen tradisi yang bergelar ‘Flower of Fire’ pada tahun 1977. Opium salah satu aroma yang melambangkan abad ke-20. Hanya pilihan bunga-bungaan Yves Saint Laurent cukup berbeza, mencerminkan semangat bebas. Penegasan terbaru menerusi LIBRE Eau De Parfum ini ibarat bersandarkan struktur maskulin dan ultra-feminin.

See also
GLAM 101: Yves Saint Laurent

Mengenali lebih dekat intipati setiap nota haruman yang menjadi ukuran utama, dalam sentuhan couture LIBRE Eau De Parfum. DIVA LAVENDER melalui proses kultivar baharu dalam mengekalkan kesegaran dan keharuman bunga ini ditanam di kawasan pergunungan sekitar Provence. Setiap proses dilakukan secara tuai tangan sehingga menghasilkan pati minyak 100% semula jadi dan kemudiannya difraksinasi dengan CO2. LAVANDIN HEART pula sering digunakan sebagai pewangi pakaian sejak zaman Rom yang merupakan kacukan dua bunga Lavender liar. Hanya kepala bunga yang baru dipetik dan disuling bersama wap untuk mengekalkan kesegaran. Proses ini hanya eksklusif di Yves Saint Laurent. Kehangatan VANILLA BOURBON PURE JUNGLE ESSENSETM melalui proses pengeringan selama 6 bulan untuk mengembangkan aromanya. Vanila Yves Saint Laurent diperoleh secara sustainable di Madagascar melalui program komuniti untuk hasil yang terbaik. Orange Blossom bunga unik dan digemari oleh Carlos Benaïm menggabungkan elemen eksklusif. Bunga ini ditanam di kawasan Rabat-Salé-Kenitra di Maghribi.

Daya tarikan sensual disebalik rantaian emas megah terlilit rapi di bahagian bottleneck, penutup hitam asimetrik, dan logo ikonik Cassandre ‘YSL’ dipusing ke sisi. Ini mungkin penjelasan untuk penampilan ‘Libre’ yang luar biasa dan bold. Di dalam botol kecil ini, terdapat duo aroma yang melewati ilham maskulin dan feminin serta jahitan kemas persis sut Yves Saint Laurent. Oleh itu, LIBRE Eau De Parfum ialah contoh terbaik gaya teras dan inovasi Yves Saint Laurent dalam dunia fesyen & kecantikan global, dan mengapa ia menjadi kegemaran setiap wanita seluruh dunia.

See also
Helah Rambut Cantik Ketika Berada Di Rumah

Tiada individu yang selayaknya menyampaikan mesej kebebasan kepada dunia, menerusi LIBRE Eau De Parfum dan Dua Lipa. Dia bergelar sebagai duta kecantikan LIBRE Eau De Parfum yang juga diangkat sebagai  ikon millennial. Katanya, “ To be free for a woman in 2019 goes without asking. We live life by our own rules.” Sejak album sulungnya eponimnya pada 2017, Dua Lipa telah memecah rekod, menjadi artis wanita yang paling ramai pengikut di dunia.

Auranya memukau, apabila telah melakar sejarah lantaran dicalonkan untuk lima kategori di Anugerah Brit 2018. Video untuk lagu ‘New Rules’ nya, lagu yang pemberdayaan wanita telah berjaya memperoleh lebih daripada satu bilion tontonan di YouTube, menjadikannya artis wanita termuda untuk mencapai sasaran ini. Dia adalah ikon fesyen dan kecantikan.

Artikel berkaitan Dua Lipa Kini Wajah Eksklusif Wangian Terbaru YSL

 

Kempen #IAMLIBRE menyambut pandangan dan definisi ‘FREEDOM’ bersama barisan DJ wanita lokal yang punya kisah tersendiri untuk dikongsikan bersama para wanita seluruh dunia. DJ ARABYRD, DJ IRAMA dan DJ AIDA bersatu dalam menyampaikan mesej luar biasa menerusi siri kempen #IAMLIBRE. Tiga personaliti ini amat menyanjungi ilham ekslusif menerusi wangian LIBRE Eau De Parfum dalam kehidupan harian mereka.

See also
Mampukah Kulit Anda Bertahan?

<video insert>

<video insert>

<video insert>

 

 

 

Kredit : Videografi JACKIE MAH, ONE3FOURSTUDIO, Gambar EDMUND LEE, ONE3FOURSTUDIO, Direktor Kreatif NISA’ HALID, Project Manager JULIA AZMAN dibantu oleh ALISHA AZUDDIN & AZIZ DRAIM, Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Solekan SHIYO JO, Rambut CODY CHUA, Pakaian AllSaints, Moschino, Karl Lagerfeld & Manolo Blahnik