Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yang Anda Cari
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioGreen retreat di Malaysia kini menjadi pilihan ramai kerana ia menawarkan ketenangan, udara segar, dan peluang untuk reconnect dengan alam semula jadi tanpa gangguan.
Tidak dinafikan, kehidupan di bandar yang sibuk dan padat sering membuatkan kita lupa untuk memberi ruang kepada diri sendiri yang penat untuk berehat seketika. Oleh itu, Green Retreat menjadi pilihan untuk kembali mendekatkan diri dengan alam dengan ketenangan. Berikut 5 green retreat yang boleh jadi “escape plan” anda seterusnya!
1. Ambong Rainforest Retreat, Langkawi

Terselindung di tengah kehijauan hutan tropika Langkawi, Ambong Rainforest Retreat ini menawarkan destinasi percutian dan pengalaman mewah yang berpaksikan alam semula jadi. Setiap sudut dibina dengan rasa hormat terhadap persekitaran pulau dan alam yang menjadikan ia tempat ideal untuk “slow down” dan menikmati ketenangan serta satu pengalaman retreat yang lengkap dari segi minda dan jiwa.
2. The Banjaran Hotspring

Tersembunyi di lembah semulajadi, The Banjaran Hotspring menjanjikan pengalaman yang bermakna kepada semua tetamu. Terdiri daripada 44 private villas yang dikelilingi hutan dan batu kapur seakan berada di dunia lain! Antara tarikan utama adalah pengalaman dining di dalam gua yang berusia jutaan tahun, menjadikannya antara retreat paling unik di Malaysia.
3. Villa Takun & Takun Retreat Club, Rawang.

Perjalanan yang mengambil masa sekitar 30 minit dari Kuala Lumpur, Villa Takun adalah salah satu hidden gem yang menggabungkan nature, staycation dan lifestyle space. Dari glamping yang estetik seperti A-frame putih hingga caravan klasik, setiap pilihan stay menawarkan vibe yang berbeza. Selain itu, Villa Takun juga menawarkan ruang untuk bekerja, berehat, bersenam dan berjumpa dengan sahabat handai di Takun Retreat Club yang bakal dibuka pada Julai 2026.
4. Sentosa Janda Baik

“A feast for the mind, body & soul” itulah jiwa Sentosa yang terletak di Kg Sum-Sum, Janda Baik, Pahang. Berkonsepkan sejarah dan seni dalam sstiap sudut ruangnya, itu yang Sentosa ingin mengekalkan . Menariknya, beberapa rumah disini berusia lebih 100 tahun yang asalnya daripada Kerdau, pahang dan Kota Baharu, Kelantan. Sentosa memelihara dengan penuh kasih sayang yang menjadikan setiap penginapan terasa lebih bermakna.
5. Minang Cove Resort

Jika anda mencari ketenangan pulau yang lebih privasi Minang Cove Resort adalah jawapannya. Menyediakan pengalaman snorkeling dan diving yang menakjubkan dengan dikelilingi laut biru jernih yang kaya dengan kehidupan marin. Sesuai untuk mereka yang benar-benar mahu “disconnect to reconnect”.
Artikel berkaitan: Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
