Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioPertunjukan Prada Spring/Summer 2027 Menswear mengetengahkan pendekatan yang lebih terarah dan penuh kesedaran, mengubah helaian asas seperti denim dan kemeja-T menjadi simbol gaya yang melangkaui trend semasa.
Di bawah arahan kreatif Miuccia Prada dan Raf Simons, koleksi lelaki Prada Spring/Summer 2027 yang sedang berlangsung di Milan, mengangkat tema Clarity sebagai teras utama. Dalam landskap fesyen yang semakin sarat dengan eksperimen dan gangguan visual, Prada memilih untuk bergerak ke arah yang bertentangan. Fokus diberikan kepada ketepatan, kesedaran dalam membuat pilihan dan penghargaan terhadap elemen asas yang benar-benar bermakna. Ia seperti satu proses penyulingan idea yang menonjolkan nilai sebenar tentang sesebuah pakaian.

Prada SS27 Menswear: Kembali Kepada Yang Esensial, Namun Kekal Kontemporari
Siluet yang diperkenalkan tampil kemas, linear dan terkawal, lantas memancarkan keyakinan tanpa memerlukan hiasan yang berlebihan. Item harian seperti helaian jean, jaket denim dan kemeja-T diberi nafas baharu melalui pendekatan yang lebih bersih dan refined. Dengan menyingkirkan perincian yang tidak perlu, setiap helaian menjadi kanvas terbuka yang menawarkan pelbagai kemungkinan interpretasinya. Aksesori pula disepadukan secara organik ke dalam keseluruhan penampilan, menjadikan setiap elemen berfungsi sebagai sebahagian daripada satu naratif yang lengkap.

Apa yang menarik, koleksi Prada musim ini turut mencabar persepsi konvensional terhadap fungsi dan kategori pakaian. Rekaan yang diperlihatkan seolah-olah wujud di luar batas masa dan melangkai trend tertentu, yang mana relevan merentasi generasi. Melalui proses penilaian semula terhadap bentuk-bentuk pakaian klasik, koleksi kali ini mengajak untuk melihat semula nilai yang sering dianggap biasa dan menemui makna baharu dalam sesuatu yang sudah lama wujud. Pentas peragaan Prada SS27 Menswear membuktikan bahawa kebaharuan tidak semestinya hadir melalui perubahan yang dramatik. Sebaliknya, ia boleh tercipta melalui perubahan cara kita melihat dan menghargai sesuatu yang sudah dikenali. Dalam koleksi ini, kejelasan menjadi satu bentuk keberanian, manakala fesyen lahir daripada naluri yang tepat dan penuh keyakinan.

Artikel berkaitan: Menjejak Masa Bersama Fesyen Lelaki Prada FW26
Artikel Berkaitan
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
