Toner Untuk Kulit Kering Terbaik, Wajah Pasti Lebih Berseri

5 Toner Untuk Kulit Kering Terbaik Agar Kulit Lebih Berseri

Tidak kira usia tua ataupun muda, setiap orang mesti inginkan kulit wajah yang sihat dan flawless. Jika anda sedang menghadapi masalah kulit kering dan kusam, GLAM bawakan 5 produk toner untuk kulit kering yang mengembalikan keserian wajah.

Pastinya tidak senang duduk jika seseorang itu sedang menghadapi masalah kulit kering sehingga menampakkannya kusam, menggelupas dan tidak bermaya. Selalunya orang yang mempunyai kulit kering sukar untuk memilih toner yang bagus untuk kulit mereka.

Sebenarnya, punca utama kulit muka menjadi kering kerana kekurangan sebum atau minyak semulajadi. Jika jumlah sebum ini kurang atau hilang daripada muka, sudah tentu anda akan menghadapi masalah kulit kering.

Toner Untuk Kulit Kering Terbaik, Wajah Pasti Lebih Berseri

Foto: Freepik

Sekiranya anda memiliki kulit jenis kering dan sensitif, anda harus elak toner yang mengandungi bahan aktif seperti alkohol, asid salisilik dan asik glikolik. Ini kerana bahan-bahan ini boleh menyebabkan kulit menjadi rengsa.

Sebaliknya toner untuk kulit kering yang bagus seharusnya mengandungi bahan yang melembapkan kulit seperti gliserin, asid hyaluronik, lesitin, aloe vera ataupun rose water.

5 Toner Untuk Kulit Kering

Fungsi utama toner adalah untuk menanggalkan kotoran yang berbaki selepas mencuci muka. Toner juga dapat mengimbangi kelembapan dan pH kulit agar mudah untuk menyerap serum dan moisturizer pada langkah seterusnya.

See also
Pembunuh Kebahagian Dalam Diam

Namun anda tidak perlu risau, dalam artikel hari ini, Glam kongsikan senarai 5 toner untuk kulit kering yang akan membantu anda melegakan kulit dengan lebih mudah.

1. SKINTIFIC 5X Ceramide Soothing Toner

Toner Untuk Kulit Kering Terbaik, Wajah Pasti Lebih Berseri

Untuk penghidratan kulit yang optimum, pelembapan sahaja tidak mencukupi. Anda juga memerlukan toner yang mengandungi probiotic dan calendula seperti SKINTIFIC Toner. Probiotic complex ialah gabungan mikroorganisma baik yang menyokong keseimbangan mikrobioma kulit.

Probiotic complex dapat membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kekebalan kulit, serta menghasilkan kulit yang lebih lembap dan cerah. Dengan gabungan 5X Ceramide dan Calendula, SKINTIFIC Toner dapat mengekalkan kelembapan semula jadi dan menguatkan lapisan pelindung kulit.

2. HADA LABO Gokujyun Premium Ultimate Moisturizing Lotion

Satu lagi cadangan toner yang sama baik untuk kulit kering ialah HADA LABO Gokujyun Premium Ultimate Moisturizing Lotion. Sesuai untuk kulit kering, toner ini boleh melembapkan kulit agar kekal hidrasi. Produk ini tidak mengandungi alkohol, pewangi atau pewarna.

Sudah tentu, ini menjadikan toner ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Bukan itu sahaja, HADA LABO Gokujyun Premium Ultimate Moisturizing Lotion juga mengandungi Hyaluronic acid terhidrolisis, yang mempunyai keupayaan untuk mengekalkan air dalam jaringan kulit.

See also
GLAM Reviu: Terapi Tubuh Hebat Untuk Berat Badan Ideal Kekal Lebih Lama

3. The Body Shop Vitamin E Hydrating Toner

The Body Shop Vitamin E Hydrating Toner ialah toner yang bertekstur liquid gel yang membantu untuk menyegarkan dan melebabkan kulit. Ia juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal.

Ia diperkaya dengan vitamin E dan wheat germ oil. Jadi, tidak hairanlah produk ini dapat menghasilkan kulit yang bersih, anjal dan terhidrat.

4. Dr.Jart+ Ceramidin Liquid

Toner Untuk Kulit Kering Terbaik, Wajah Pasti Lebih Berseri

Dr Jart+ Ceramidin Liquid dicipta khas untuk merawat masalah seperti kulit kering, menggelupas dan merekah. Kandungan ceramide yang tinggi menjadikan toner ini sangat dipercayai untuk merawat kulit yang menggelupas dan merekah, kerana kandungan toner ini dapat melembapkan dan menutrisikan kulit supaya kesihatan kulit tetap terjaga.

5. LANEIGE Cream Skin Refiner

Toner Untuk Kulit Kering Terbaik, Wajah Pasti Lebih Berseri

LANEIGE Cream Skin Refiner, memberikan kelembapan yang intensif pada kulit. Toner ini mengandungi White Leaf Tea Water yang kaya dengan asid amino yang dapat menghidratkan kulit anda secara mendalam dan menjadikannya kelihatan lebih sihat dan berseri. Selain itu, toner ini juga dapat meningkatkan tekstur kulit. Ia juga berfungsi untuk melicinkan tekstur kulit yang kasar dan kering, sehingga kulit anda kelihatan lebih lembut dan anjal.

See also
Obsesi Prada Triangle Bag

Jangan skip menggunakan toner kerana ini adalah salah satu langkah asas dalam penjagaan wajah. Jika tidak mengikut cara penjagaan yang betul, kulit anda boleh terdedah dan tidak mencapai hasil yang anda inginkan!

Artikel berkaitan: Tip Cantik: Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Betul