fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Timeless Elegance Bersama Giorgio Armani Musim Panas 2024
The SpeSHALS Galaxy of Shalma Ainaa
Barang Kemas Tiffany & Co. Hiasi Filem Frankenstein
Pop-Up Swarovski Kembali di Pavilion KL, Sambut Ulang Tahun Ke-130
Dia Guild: Platform Fesyen Beretika Dan Karya Seni Mewah Asia Tenggara
Home > GLAM Heart > Projek Hijau > Fesyen > Imbas Gaya Ikonik Selebriti Di Grand Prix Dari 1992-2026

Imbas Gaya Ikonik Selebriti Di Grand Prix Dari 1992-2026

Bersempena Austrian Grand Prix yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2026 minggu lalu. Mari kita mengimbas kembali gaya ikonik selebriti di Grand prix dari tahun 1992 hingga 2026! 

Selain dikenali sebagai acara perlumbaan paling berprestij di di dunia, Formula F1 Grand Prix turut dikenali sebagai pentas fesyen para selebriti, pelumba dan tetamu VIP dari seluruh dunia. Dari era glamor 90-an hingga gaya moden masa kini, berikut merupakan himpunan gaya ikonik selebriti daripada Rihanna hingga Anya Taylor Joy yang pernah menghidupkan suasana Grand Prix.

Claudia Schiffer, Monaco Grand Prix 1992

Ikon fesyen yang menjadi pilihan wanita tahun 90-an. Penampilan Claudia Schiffer di Grand Prix Monaco 1992 dengan persalinan serba CHANEL mencipta definisi wanita chic!

Princess Diana, British Grand Prix 1994

Bukan seorang selebriti, namun gaya fesyen Princess Diana tidak pernah gagal dan sering menjadi ikutan ramai! tampil dalam gaun serba putih yang dipadankan dengan belt, menjadikan penampilan belau cukup elegan dan berkelas!

Kate Moss, Monaco Grand Prix 1999

Hampir 30 tahun berlalu, namun penampilan Kate Moss dalam jumpsuit merah jambu daripada koleksi Alexander Mcqueen A/W 1999 “The Overlook” masih menjadi bualan ramai!

Michelle Yeoh, Hungarian Grand Prix 2004

Asian sweetheart, Michelle Yeoh membawa aura Y2K yang kuat denfan menggayakan aksesori kaca mata kuning yang menjadi statement utama penampilannya.

Naomi Campbell,  Abu Dhabi Grand Prix 2009.

Gaya Naomi Campbell yang mencuri perhatian menerusi rekaan Azzedine Alaïa! Dilengkapi dengan strappy heels dan dark glasses, menyerlahkan aura sensual dan elegan Naomi!

Beyonce, Abu Dhabi Grand Prix 2009

Penyanyi terkenal R&B, Beyonce mebawakan elemen motorspot dan mewah menerusi padanan jaket fitted zip-up, matching shorts dan oversized shield sunglasses serta gincu berona merah yang berani!

Rihana, Las Vegas Grand Prix 2023

Tidak disangkal lagi pilihan fesyen Rihana tidak pernah menghampakan para peminat! Rihana tampil dalam estetika streetwear mewah, penampilannya disempurnakan dengan padanan aksesori yang menyerlahkan aura edgy, moden dan penuh keyakinan.

Anya Taylor Joy, Monaco Grand Prix 2024

Anya membuktikan gaya efortless tidak pernah gagal, dengan menggayakan jaket kulit vintej Jean Paul Gaultier, Anya tetap kelihatan chic dan moden!

Lisa Blackpink, Miami Grand Prix 2025

Pada 2024 Lisa Blackpink hadir di Grand Prix sebagai flag girl, namun pada tahun 2025 Lisa kembali dengan dress berenda merah yang ikonik!

Alexandara Leclerc, Monaco Grand Prix 2026

Alexandra sekali lagi mencipta momen fesyen di Grand Prix Monaco 2026. Tampil dalam gaun berenda yang elegan, penampilan ini membuktikan mengapa beliau sentiasa menjadi antara ikon gaya paling dinantikan.

Artikel berkaitan: Gaya Barisan Tetamu Yang Mencuri Tumpuan Di Royal Ascot 2026