Tan Sri Michelle Yeoh Mengukir Sejarah Di Hollywood Walk Of Fame
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioAmat membanggakan! Tan Sri Michelle Yeoh kini menerima bintang di Hollywood Walk of Fame, dedikasi hadiah istimewa ini buat ibu bapanya.
Nama ‘Michelle Yeoh’ kini terukir di Hollywood Walk of Fame, satu pengiktirafan yang lahir daripada perjalanan panjang penuh kesabaran dan ketekunan. Dari layar filem aksi Hong Kong ke pentas sinema antarabangsa, laluan kariernya berkembang secara organik, menembusi sempadan genre, bahasa dan budaya. Detik ini bukan sekadar meraikan kejayaan peribadi, tetapi turut mencatat sejarah apabila Tan Sri Michelle Yeoh menjadi pelakon Asia dan seniwati Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon global yang diabadikan di jantung Hollywood.

Berbusana Dior & Sepatu Roger Vivier, Tan Sri Michelle Yeoh Menerima Bintang Di Hollywood Walk of Fame
Ketika di acara gemilang ini, Tan Sri Michelle Yeoh memilih keanggunan yang bersahaja namun tetap memikat pandangan. Aktres ini tampil dalam busana berona kuning cerah daripada Dior, sebuah rekaan Pre Fall 2026 hasil sentuhan kreatif Jonathan Anderson. Siluetnya menggabungkan keseimbangan siang dan malam melalui potongan boatneck memanjang, satu bahu tanpa lengan dan satu lagi berlapik lembut. Rona kuning yang bercahaya seakan menyinar lembut di bawah cahaya Los Angeles, melambangkan optimisme dan keberanian, dua nilai yang sentiasa mengiringi perjalanan seni Tan Sri Michelle Yeoh sepanjang dekad.

Penampilannya disempurnakan dengan sepasang sepatu daripada Roger Vivier, menambah sentuhan glamor halus dan elegan. Sepatu bertumit dalam rona perak metalik itu hadir dengan kemasan kulit berkilau seakan cermin, dihiasi gesper bertatah rhinestone yang diinspirasikan daripada perhiasan vintaj. Aplikasi flora berbentuk jambangan bunga memberi elemen romantik yang halus, yang mana sepatu ini menjadi simbol perayaan terhadap sebuah detik yang cukup mengujakan. Ia melengkapkan keseluruhan gaya dengan keseimbangan antara sofistikasi dan keanggunan yang effortless.
Dalam ucapannya, Tan Sri Michelle Yeoh menyifatkan detik itu sebagai sesuatu yang “beyond insane and surreal”, satu penghormatan yang terasa sukar dipercayai namun indah untuk dirasai. Bintang Hollywood ini turut mengimbau zaman membesar di Malaysia, hidup antara dua dunia yang berbeza, layar sinema yang terasa jauh dan perjalanan sunyi bersama ibu bapanya di bawah langit terbuka. Ayahnya sering menunjuk ke arah bintang utara, katanya, “the one you can always trust to guide you home”, manakala ibunya pula mengajar bahawa horizon sentiasa lebih luas daripada yang pernah dibayangkan. Di antara akar dan sayap itulah Michelle Yeoh menemui dirinya, menempuh laluan yang tidak pernah lurus, namun akhirnya membawa dirinya ke sebuah bintang yang kini terukir abadi di Hollywood Boulevard.

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Michelle Yeoh Dalam “Everything Everywhere All At Once”
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
