Pameran Makers of Tomorrow Volvo Car Malaysia di BSC

Pameran Makers of Tomorrow Volvo Car Malaysia Kini di Bangsar Shopping Center

Sempena sambutan kemerdekaan dan hari kebangsaan Malaysia akan datang, Volvo mempersembahkan pameran Makers of Tomorrow yang menampilkan kereta Volvo dalam siluet klasik serta kereta elektrik dan hibrid yang mana semuanya dikeluarkan sejak enam dekad lalu.

Sejak ketibaan Volvo pada tahun 1967, mereka telah memperkenalkan pelbagai inovasi canggih bermula dengan pelancaran Volvo 144, kereta penumpang pertama yang dipasang di Malaysia,  diikuti dengan Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) pada tahun 2003 yang kini telah menjadi piawaian pada semua kereta moden pada hari ini. Volvo juga merupakan pembuat kereta pertama yang memasang kereta hibrid plug-in dan kereta elektrik tulen di Malaysia pada 2016 dan 2022.

Pameran Makers of Tomorrow

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang warisan Volvo dalam sejarah Malaysia, Volvo Car Malaysia sedang mengadakan pameran Makers of Tomorrow yang berlangsung sekarang sehingga 20 Ogos 2023 di Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur.

Pameran ini menampilkan kereta-kereta klasik Volvo iaitu Volvo 144 dan Volvo 122S serta model kereta PHEV dan BEV yang terkini. Anda juga boleh menikmati promosi istimewa yang ditawarkan pada masa yang terhad dan memenangi peluang untuk memiliki collectible ekslusif Volvo dengan menyertai pertandingan foto mereka.

Pameran Makers of Tomorrow Volvo Car Malaysia di BSC

Malah, pameran ini juga menampilkan sejarah dan memori sepanjang 57 tahun Volvo bersama rakyat Malaysia. Pada tahun 1960-an, Volvo merupakan antara pembuat kereta yang pertama untuk bertindak balas terhadap panggilan kerajaan Malaysia ke seluruh dunia untuk perpindahan teknologi, pembangunan kemahiran tempatan, dan pelaburan asing.

See also
13 Selebriti Tampil Chic Atas Karpet Merah Oscars 2019

Volvo juga menjadi jenama kereta antarabangsa pertama yang membangunkan kilang pemasangan automotif di Malaysia. Kilang pembuatan kereta pertama di Malaysia ini terletak di Shah Alam dan telah memulakan operasinya pada Mac 1967. Dengan pengeluaran Volvo 144 – kereta pertama yang dipasang di Malaysia, ia juga telah menandakan sebuah langkah besar untuk industri automotif negara.

Koleksi Kereta di Pameran Makers of Tomorrow

Antara kereta klasik dan moden yang ada di pameran Makers of Tomorrow buat semua peminat jenama ini ialah Volvo 144, Volvo 122S, Volvo XC90 Recharge, Volvo XC60 Recharge, Volvo XC40 Recharge Pure Electric serta Volvo C40 Recharge Pure Electric.

Pameran Makers of Tomorrow Volvo Car Malaysia di BSC

Seperti yang dikatakan, kereta klasik Volvo 144 ialah model pertama yang dipasang oleh kilang pemasangan Volvo di Malaysia pada November 1967 manakala Volvo 122 Amazon ialah kereta Volvo yang pertama tiba di Malaysia dan diberikan hak pengedaran pada awalnya 1960-an.

Pameran Makers of Tomorrow Volvo Car Malaysia di BSC

Manakala kereta moden Volvo XC90 Recharge ialah kereta hibrid seven seater pertama di dunia kereta. Malaysia adalah negara pertama di luar Sweden yang menghasilkan Volvo XC90 Recharge pada tahun 2016. Volvo XC60 Recharge pula SUV hibrid bersaiz sederhana yang dinamik dan merupakan kereta terlaris Volvo di seluruh dunia.

See also
Zahirah Macwilson Kini Milik Aiman Hakim Ridza

Volvo turut hadir dengan kereta Volvo XC40 Recharge Pure Electric iaitu kereta SUV elektrik penuh pertama Volvo dan kenderaan elektrik tulen pemasangan tempatan pertama di Malaysia. Manakala model Volvo C40 Recharge Pure Electric pula merupakan model elektrik tulen yang pertama daripada Volvo dan Volvo Car Malaysia – ia juga kereta electrik penuh yang kedua yang di pasang oleh kilang tempatan.

Pertandingan Foto di Pameran Makers of Tomorrow

Volvo Car Malaysia juga mengadakan pertandingan foto khas buat peminat setia jenama kenderaan ini. Bagi anda yang berminat untuk mengambil bahagian, apa yang anda perlu lakukan ialah berkongsi foto selfie atau foto bersama keluarga atau teman-teman dengan kereta Volvo di Instagram dan pastikan kapsyen anda lengkap dengan hashtag #MakersOfTomorrow dan #VolvoCarMalaysia.

Anda juga mesti follow Volvo Car Malaysia di Instagram dan pastikan akaun anda umum. Tempoh pertandingan ini berlangsung pada 14 Ogos hingga 17 September 2023. Satu pemenang akan diumumkan setiap minggu bahkan pemenang bertuah pula akan menerima satu item collectible ekslusif daripada Volvo.

See also
CAREY NG

Istimewa Untuk Peminat Volvo

Daripada sekarang hingga 30 September 2023, pelanggan yang membeli model Volvo Recharge Pure Electric baharu (Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau Volvo C40 Recharge Pure Electric) dengan Perkhidmatan Kewangan Kereta Volvo (Volvo Car Financial Services) akan menikmati faedah pengurangan  jumlah prinsipal serta-merta bernilai RM20,000, dan  penjimatan tambahan melalui kaedah pengurangan prinsipal dengan pembiayaan bulanan ataupun penyelesaian awal.

Terdapat juga faedah daripada tempoh pembiayaan yang lebih pendek, iaitu tiada bayaran keluar selepas penyelesaian awal. Promosi ini juga terpakai apabila anda memesan Volvo XC40 Pure Recharge atau Volvo C40 Pure Recharge dalam talian di https://shop.digitalvolvo.com/my/shop-online.

Pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan elektrik hibrid Volvo dalam tempoh masa yang sama juga akan menikmati tawaran insurans kereta percuma dan VSP (Pelan Perkhidmatan Volvo 5 tahun) bernilai hampir RM20,000.

VSP ialah pakej servis kereta komprehensif bernilai RM12,900 yang meliputi lima sesi servis kereta pertama anda, termasuk barangan haus dan lusuh serta kos buruh, kemas kini perisian percuma dan pemeriksaan kesihatan kenderaan, manakala insurans kereta percuma untuk tahun pertama pula bernilai RM7,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai kenderaan elektrik Volvo Car Malaysia, sila layari www.volvocars.com/my/v/cars/plug-in-hybrids atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram at http://bit.ly/VolvoMY-IG.