Gossip Girl Kembali Dengan Generasi Upper East Side Baharu
Siri hangat, ‘Gossip Girl’ kembali semula dengan mempersembahkan generasi pelakon baharu yang akan membuat tayangan perdana pada 8 Julai 2021, secara eksklusif di HBO GO.
You know you love me, XOXO
Gossip Girl is back! Siri drama remaja yang cukup popular sejak 2007 ini akan dibut semula dengan memperkenalkan generasi pelakon baharu. HBO Max akan membuat tayangan perdana pada masa yang sama dengan Amerika Syarikat iaitu pada 8 Julai 2021, secara eksklusif di HBO GO.

Dihasilkan oleh Joshua Safran yang merupakan penulis dan penerbit eksekutif siri original, ‘Gossip Girl’ ini adalah susulan kepada siri klasik budaya pop yang akan kembali ke Upper East Side. Generasi baharu remaja yang belajar di sekolah persendirian kota New York akan dihantui semula dengan pengawasan sosial, sembilan tahun selepas blogger asal menghilangkan diri. Siri ini berdasarkan novel popular oleh Cecily von Ziegesar.

Bersempena dengan pengumuman ini, HBO Max turut mengeluarkan cuitan pertama serta poster karakter-karakter utama yang menampilkan kesemua pelakon baharu. Anda boleh tonton cuitan pertama siri baharu ini di sini.

Siri drama ini akan mengeksplorasi bagaimana media sosial dan latar kota New York telah berubah dalam tempoh masa sejak siri asal dirakamkan. ‘Gossip Girl’ baharu ini akan menampilkan Jordan Alexander, Eli Brown, Thomas Doherty, Tavi Gevinson, Emily Alyn Lind, Evan Mock, Zion Moreno, Whitney Peak dan juga Savannah Lee Smith.

Mula ditayangkan pada 2007, siri asal ‘Gossip Girl’ telah mencipta populariti selama enam musim serta melonjakkan nama barisan pelakon mereka seperti Blake Lively, Leighton Messter, Penn Badgley, Chase Crawford, Taylor Momsen dan Ed Westwick. Manakala, Kristen Bell akan kembali meminjamkan suaranya sebagai blogger yang dikenali sebagai ‘Gossip Girl’.

Peminat boleh strim atau muat turun siri baharu ‘Gossip Girl’ ini di HBO GO. Atau layari HBO GO melalui Astro atau https://www.hbogoasia.com/. Aplikasi HBO GO boleh dimuat turun di App Store atau Play Store, dan melalui Android TV, Apple TV, LG TV dan juga Samsung TV, serta hadir bersama fungsi AirPlay dan Google Cast.
Foto: HBO Asia
Baca lebih lanjut: Resipi Puding Roti Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
