fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Impian Gwen Stefani & Blake Shelton Untuk Bergelar Suami Isteri Akhirnya Menjadi Nyata
Ummi Nazeera Dedah Pengalaman Menghidap Kemurungan Ketika Hamil
Serba Baharu, Serba Digital: Golf R-Line
GLAM Skop: Bila Obsesi Kurus Memakan Diri
Siti Saleha Sah Bertunang Dengan Joshua Fitton
Home > Gaya Hidup > Kenali Wanita Genius, Min Hee-Jin, Pelopor Kreatif Industri Muzik Korea

Kenali Wanita Genius, Min Hee-Jin, Pelopor Kreatif Industri Muzik Korea

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Min Hee-Jin, wanita yang memperkenalkan kumpulan K-Pop terkini, NewJeans. Memilih untuk tidak mengikut sebarang formula tradisional industri muzik Korea, dia tampil dengan caranya tersendiri!

Setiap kali nama Min Hee-Jin disebut, pasti akan terus mengingatkan kita kepada kumpulan idola terkini, NewJeans, yang baru sahaja melancarkan debut mereka Ogos lalu. Namanya mula menjadi bualan hangat dek kerana konsep yang dipertaruhnya untuk kumpulan yang terdiri daripada anak remaja ini menjangkau akal fikiran sesetengah pihak serta dianggap melanggari budaya tradisi muzik Korea selama ini.

Kenali Wanita Genius, Min Hee-Jin, Pelopor Kreatif Industri Muzik Korea

Gambar: NewJeans

NewJeans, merupakan sebuah grup K-Pop terbaharu yang ditubuhkan oleh All Doors One Room (Ador), diketuai oleh Min Hee-Jin sendiri, sebuah agensi di bawah label HYBE yang menaung idola nombor satu dunia, BTS. 

Pembaharuan baharu yang dibawa Hee-Jin ke dalam industri K-Pop ini sedikit sebanyak menjadi bualan peminat di Korea dan antarabangsa. Ada yang berkata signatur konsep yang dibina untuk kumpulan ini tidak bersesuaian dengan umur mereka, dan dianggap terlalu matang dan tidak senonoh. Ini kerana ada antara ahli kumpulan NewJeans iaitu Minji, Hanni, Danielle, Haerin dan Hyein masih bersekolah dan yang termuda baru menginjak ke umur 14 tahun. 

Walaubagaimanapun, kemunculan kumpulan idola baharu ini turut mendapat sokongan daripada banyak pihak. Sebilangan penggiat fesyen serta selebriti menyokong pembaharuan segar yang dibawa Hee-Jin. Mari kami kongsikan beberapa fakta tentang NewJeans dan Min Hee-Jin yang perlu anda tahu.

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse