Konsert Sebagai Ritual Baharu, Kini Muzik Menjadi Perayaan Jiwa
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioKonsert hari ini menjelma sebagai ritual budaya moden yang melangkaui hiburan, menjadi ruang kolektif penuh euforia di mana muzik, emosi dan memori bertaut dalam satu perayaan jiwa.
Dalam dunia pascapandemik yang kembali meriah, konsert bukan lagi sekadar hiburan, malah kini menjadi satu ritual budaya, satu bentuk pelarian kolektif dan pencarian makna di tengah realiti yang serba rencam. Fenomena “tour culture” yang kian berkembang dan didorong oleh media sosial, pengalaman dan keperluan manusia untuk berasa hadir dalam momen sebenar, menjadikan persembahan langsung sebagai satu bentuk ziarah moden. Di Malaysia, trend ini makin ketara, apabila tiket konsert terjual dalam sekelip mata, bukan sahaja untuk artis antarabangsa, tetapi juga nama-nama tempatan yang semakin mendapat tempat di hati khalayak ramai.
Gema Muzik, Gaung Jiwa
Lihat sahaja kehangatan konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang tidak pernah gagal menarik ribuan peminat dari pelbagai lapisan umur, menjadikan setiap persembahan beliau sebagai satu bentuk nostalgia hidup. Turut sama keindahan vokal Aina Abdul yang kini muncul sebagai antara artis Malaysia paling teatrikal, menjadikan pentas sebagai kanvas ekspresi penuh dramatik dan visual. Malah, band seperti Hujan dan Bunkface juga membuktikan bahawa muzik indie bukan sekadar aliran, tetapi satu bentuk komuniti. Di mana, penonton menyanyi bersama bukan kerana lirik itu popular, tetapi kerana ia adalah sebahagian daripada memori mereka sendiri.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
Sorotan LainLittle Miss Khan Dedah Jejaka Gerangan Hatinya Di Instagram
7 Siri TV Ala Stranger Things Yang Anda Patut ‘Binge-Watch’
9 Atlet Wanita Malaysia Di Olimpik Paris 2024 Patut Anda Kenali
Kenali No Na, Girl Group Indonesia Pertama Naungan 88rising
Fenomena Brat Summer Charli XCX, Keunggulan Pop Culture
Deruan Ultra Mewah Louis Vuitton Buat Formula 1![]()
Pengalaman konsert hari ini bukan sekadar tentang muzik. Ia tentang rasa ‘berada di sana’. Ia tentang pakaian yang dipilih khas untuk malam itu, poster buatan tangan, laungan kolektif yang menggema serta video memori yang dikongsi ke media sosial tetapi mewakili satu kenangan seumur hidup. Persembahan konsert seperti Hael Husaini & Repertoire mahu pun konsert Empat Live In Kuala Lumpur oleh barisan penyanyi terkemuka Ernie Zakri, Syamel, Ziana Zain dan Anuar Zain yang bakal berlangsung dan diramal akan menjadi hit, ternyata memperlihatkan bagaimana konsert tempatan kini mampu mencapai skala emosional dan produksi yang setaraf antarabangsa dengan sentuhan tempatan yang dekat di hati.
Konsert, akhirnya, adalah tentang rasa, suka serta hubungan dengan muzik, penyanyi dan diri sendiri. Dalam dunia yang makin digital, pengalaman fizikal sebegini menjadi semakin berharga. Ia adalah ruang suci moden di mana air mata, tawa dan jeritan bukan sahaja dibenarkan, tetapi diraikan. Ia mungkin dalam sorakan yang mengisi ruang stadium atau dewan, tetapi ia juga seperti menemui semula sebahagian daripada diri yang hilang dalam kesibukan harian. Sebuah perayaan jiwa, dalam bentuk gema muzik.
Artikel berkaitan: Ilham Kod Gaya Konsert Siti Nurhaliza Terus From Runway
Artikel Berkaitan
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Menyusuri Sejarah dan Sulaman Palestin di Muzium Kesenian Is...
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Pilihan Bacaan Seterusnya
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
