Little Miss Khan Dedah Jejaka Gerangan Hatinya Di Instagram
Dikejutkan dengan posting baru-baru ni, Little Miss Khan dan ‘teman lelakinya’ buat netizen tertanya tanya siapakah jejaka misteri ini?
Selepas gemparan berita berkenaan Ameera Khan menghadapi beberapa kontroversi selama bertahun-tahun. Salah satu topik hangat mengenai pempengaruh media sosial ini adalah hubungannya dengan bekas teman lelakinya, pelakon Indonesia Jefri Nichol. Kedua-duanya dikhabarkan tidak lagi bersama. Adik kepada selebriti terkenal Neelofa dan pempengaruh media sosial iaitu Ameera Khan dikenali lebih lagi sebagai Little Miss Khan sudah menggelorakan lautan ombak gossip di kalangan para netizen. Hati milik Ameera Khan kini mekar dan berbunga.
Kebelakangan ini, LMK rancak memposting “soft launch” gambarnya bersama seorang lelaki tetapi identitinya tidak di ketahui. Perkongsian yang tular, terlihat beliau having lunch and dinner bersama-sama di London dengan caption ‘heart might explode‘. So sweet! Kini LMK jatuh cinta bersama jejaka bersusuk tubuh tampan ini membuatkan peminatnya lebih teruja.
Boyfriend Little Miss Khan Menjadi Tekaan Ramai!

Gemparan ini bukan lagi rahsia, identiti yang tidak diwar-warkan juga pilihan privasi buat Ameera. Walaupun Ameera tidak terlalu terbuka mengenai topik ini, nantikan sahaja teman lelaki miliknya yang penuh tanda soal. Ameera Khan yang lembut bicara dan bersikap tenang memancarkan keyakinan diri sambil tetap tampil rendah hati. Setiap kata-katanya diakhiri dengan tawa riang yang bergema di seluruh studio, siapa sahaja akan terjatuh hati dengan raut wajah jelita ini.

Di cuaca kota London yang mendung, gambar di dalam kereta yang di kongsikan oleh LMK terlihat beliau mendapat sejambak bunga ros. Cukup romantis dan manis khas buatnya. Impian setiap wanita dicucuri dengan hadiah sejambak bunga melambangkan bicara cinta yang tidak dapat diulaskan dengan kata-kata.



Mari tinjau di ruangan komen, para netizen membuat tekaan bahawa lelaki itu bernama Teme atau Aref yang merupakan teman lelakinya.
Terdapat juga khabar angin berkenan Ameera dan Meerqeen bercuti di Bali, ternyata dia hanya bersama sepupunya Aisha, seorang pengawal peribadi, dan seorang pemandu. Ameera sebelum ini dikatakan menjalin hubungan dengan Meerqeen apabila mereka bertukar komen di Instagram. Dia menafikannya dan berkata mereka hanya berkawan. “Shut your mouth and get lost” , “It’s just the four of us. I have a boyfriend and he is in London. I don’t have to explain myself, but some of you are just too much,” ujar Ameera.
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
