Datin X: Tinggalkan Dato Seri Gara-Gara Mahu Bela Anak Ikan - Glam Malaysia
Datin X: Datin Tinggalkan Dato Seri Gara-Gara Mahu Bela Anak Ikan

Datin X: Tinggalkan Dato Seri Gara-Gara Mahu Bela Anak Ikan

Kerana mahu hidup YOLO, Datin Anne rela tinggalkan segala-galanya untuk kehidupan yang sederhana. Adakah dia mampu mengekalkan kehidupan ‘kelestarian’ di ceruk kampung semata-mata mahu mengejar cinta (anak ikan) barunya?

Sudah punya anak empat namun semuanya ditinggalkan di bawah jagaan bekas suaminya, Dato Seri Zakaria. Datin Anne yang dulunya berprinsip tidak mahu menayang aurat, nampak elok di luaran namun sebenarnya dia punya masalah mental yang maha dahsyat. Terkejut bila melihat jalan yang dipilihnya kini adalah yang paling tidak masuk akal untuk dirinya. Niqab yang menjadi kebanggaan dan turut ‘terbang’ dan dia semakin galak menayang body!

Cerita Datin Anne dan anak ikan barunya, Junaidi bermula di sini..

Datin Anne yang Datin X kenali sejak dahulu lebih tenang, tidak mengejar duniawi dan tidak kisah hal kain dalam orang namun mungkin juga pada ketika itu dia berduit kerana masih berada dalam tanggungan suaminya yang berpoket tebal. Oh, kalau anda nak tahu ini bukan suami kedua malah sudah beberapa kali Datin Anne bernikah. Namun sayangnya rumah tangganya tidak kekal lama. Datin X tidak tahu di mana salahnya.

See also
Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Didenda RM30,000

Hujung tahun lalu, Datin Anne menjadi bualan hangat setiap kali socialite KL bertembung. Kata Datin Seri Joan, “Hey, you all tahu tak Datin Anne sudah jatuh miskin!” Terkebil-kebil yang lain mendengarnya. Tak pasti alasan sebenar daripada gossip yang kian liar namun semua dapat lihat di akaun Instagram milik Datin Anne kehidupan ‘sederhana’ yang dipaparnya.

Dari apa yang semua dapat lihat, dia contented dengan kehidupan barunya di Perlis. Rumah yang bolehlah dikatakan selesa untuk mereka berdua, laki bini. Khabarnya dia sudah bayar sewa RM450 sebulan secara lump sum untuk sepanjang tahun. Setiap hari dia bercucuk tanam, meneman suami berniaga kecil-kecilan, membersih sungai dan pantai di hujung minggu. Ke sana ke mari bersama motor kapcai sahaja. Jadi, belanja harian tidaklah tinggi mana dan jika mereka bahagia siapa kita untuk mempertikaikannya.

Pautan berkaitan: Datin X: Selebriti Gersang Mencari Populariti, Perangai Berubah 360!

Ada yang berpendapat, Datin Anne sedang berlakon bahagia. Maklumlah dia memang seorang pelakon sebelum dia berkahwin dengan ahli perniagaan terhebat KL. “Dia baru je What’sapp I beritahu yang hidupnya sekarang sedang dalam deep s**t dan kalau boleh mahu meminjam wang sedikit untuk
dibuat modal,” kata Maryam kepada Datin X. Alahai manusia, apalah yang ada dalam fikirannya. Lain yang dipapar di media sosial lain pula realitinya. Adakah Datin Anne benar-benar bahagia ataupun dia malu untuk mengaku yang perkahwinan kali ke-7 ini juga merupakan satu kesilapan dan makin sampai ke penghujung?

“Dia baru je What’sapp I beritahu yang hidupnya sekarang sedang dalam deep s**t dan kalau boleh mahu meminjam wang sedikit untuk
dibuat modal,” kata Maryam kepada Datin X

“I kenal anak ikan barunya itu, satu Universiti dengan I. Memang budak tu tak ada cita-cita. Pandai cakap tapi bab mencari duit, punyalah liat. Dia memang terkenal dengan perangai ‘makan duit perempuan’ dan ramai juga sudah masuk perangkapnya. Jurang umur mereka pula adalah 15 tahun. Jangan disoal yang muda kerana si tua pun merelakannya, maka yang muda pun mahu mengambil kesempatan untuk hidup senang lenang. Buat apa mahu bersusah-susah jika ada yang boleh menyenangkan, kan?

See also
Nama Unik Pilihan Scarlett Johansson & Suami Buat Cahaya Mata Pertama

Tapi bagaimana orang sebijak Datin Anne boleh dibodoh-bodohkan oleh budak kampung seperti Junaidi? Baru-baru ini dia keluar berjumpa business owner untuk bertanya perihal kolaborasi bersama kembali aktif di media sosial mempromosikan segala produk lokal. Tidak kira apa sahaja asal mendatangkan wang tambahan buat menyara hidup dia dan suami mudanya itu. Melihat kepada kekusutan yang dialaminya dek perbualan kami baru-baru ini, Datin X terpanggil untuk membantu.

Artikel sepenuhnya di dalam

atau

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa