Related Stories
Pavilion KL Kini Menawarkan Perkhidmatan Drive-Thru
Pusat beli-belah Pavilion KL kini menawarkan perkhidmatan servis drive-thru untuk memberikan pengalaman beli-belah yang lebih selesa dan selamat.
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini tidak bermakna aktiviti beli-belah juga perlu dihentikan. Anda kini boleh menikmati beli-belah norma baharu dengan perkhidmatan drive-thru yang ditawarkan oleh Pavilion Kuala Lumpur untuk memberikan pengalaman yang lebih selesa dan selamat, tanpa perlu meninggalkan kereta anda.

Dalam keadaan yang tidak menentu ini, meminimumkan interaksi sosial dan amalan penjarakan selamat kini lebih penting ketika negara melaksanakan ‘lockdown’. Oleh itu, servis baharu yang disediakan oleh Pavilion KL akan memberikan pilihan buat pembeli-belah untuk mengelakkan barisan di stor dan restoran. Perkhidmatan ini juga dapat menjimatkan masa juga wang tanpa perlu mengeluarkan bayaran penghantaran.
Buat masa sekarang, perkhidmatan ini hanya boleh digunakan untuk membeli makanan juga minuman daripada kafe dan restoran yang dibenarkan beroperasi. Bagi yang merindui kopi, snek, makanan juga pemanis mulut kegemaran di Pavilion KL boleh mendapatkan seleksi pilihan anda daripada illy Caffe, Harriston Chocolatier Café, Baskin Robbins, Calia, Paul, Nyonya Colors, Rakuzen, Kyochon, KGB dan D Empire.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan kanta lekap dan kaca mata daripada stor optikal dengan menggunakan servis ini. Dengan perkhidamtan drive-thru yang ditawarkan, anda boleh membuat pesanan daripada stor berlainan pada masa yang sama, tanpa bayaran tambahan. Mudah dan cepat, anda hanya perlu memandu ke Chulan Entrance untuk mendapatkan kesemua pembelian anda.
Cara Menggunakan Perkhidmatan Drive-Thru Pavilion KL
1. Hubungi stor untuk membuat pesanan dan pemgambilan antara 10 pagi sehingga 9 malam setiap hari. Waktu pengambilan berbeza mengikut stor.
2. Buat bayaran secara atas talian, kad kredit atau debit, dan juga cash on delivery.
3. Kongsi nombor pendaftaran kereta dan membuat pengesahan waktu pengambilan.
4. Pandu kereta ke Chulan Entrance pada waktu pengambilan yang ditetapkan. (maksimum 5 minit sahaja dibenarkan untuk menunggu)

Klik di sini untuk mengetahui senarai penuh kafe, restoran dan stor yang menggunakan perkhidmatan drive-thru di Pavilion KL.
Foto: Pavilion KL
Baca lebih lanjut: Plush: Definisi Baharu Beauty Sleep
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
