Related Stories
Michelle Trachtenberg “Georgina Sparks” Dari Gossip Girl Meninggal Di Usia 39
Aktres Amerika, Michelle Trachtenberg ditemui mati oleh ibunya pada 26 Februari 2025, jam 8 pagi apabila tidak sedar di pangsapuri miliknya.
Memulakan kariernya sebagai bintang kanak-kanak dalam rancangan Buffy the Vampire Slayer, Michelle Trachtenberg ditemui tidak sedar di pangsapurinya pada pukul 8 pagi kelmarin oleh ibunya. Tahun lepas, pelakon itu menjalani pembedahan pemindahan hati tapi kemungkinan badannya tidak mampu menerima prosedur itu.
Trachtenberg telah memuat naik beberapa siri foto membimbangkan di Instagram dalam beberapa bulan kebelakangan ini, di mana dia kelihatan cengkung dan lemah. Ini menyebabkan beberapa peminat memberi komen tentang penurunan berat badannya yang mengejutkan atau bertanya sama ada dia mengambil dadah.
Pada Januari lalu, Trachtenberg memberi respons kepada kebimbangan peminat dengan mengatakan bahawa dia “gembira dan sihat” serta tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Dia kelihatan memuatnaik semula gambar-gambar lamanya sebagai throwback di akaun Instagramnya beberapa minggu ini.
Tranchtenberg dilahirkan di New York City pada 11 Oktober 1985 dan dibesarkan di Sheepshead Bay, Brooklyn. Peranan pertamanya datang pada usia 9 tahun dalam siri klasik Nickelodeon tahun 1990-an, “The Adventures of Pete and Pete,”. Dia melakonkan watak rakan pelik, Nona F. Mecklenberg. Dia kemudian membintangi pelbagai filem dan rancangan yang ditujukan untuk kanak-kanak. Dia kemudian membuat debut filemnya dalam “Harriet the Spy” pada tahun 1996, di mana dia memainkan watak utama.
Ketika semakin dewasa, Tranchtenberg melakonkan watak Georgina Sparks di dalam siri popular Gossip Girl sepanjang enam siri itu berlangsung. Watak jahatnya di dalam siri itu disukai penonton apabila digelar sebagai ikonik. Beberapa pelakon dari Gossip Girl berkongsi gambar sebagai tribut buatnya. Ed Westwick dan Chace Crawford turut berkongsi gambar bersama mendiang sambil mengucapkan takziah buatnya. Selain itu, Taylor Momsen, Jessica Szohr, Kelly Rutherford, Leighton Meester dan Blake Lively juga meninggalkan kata-kata buatnya.
View this post on Instagram
Sorotan LainSunway Resort Hotel Perkenal The Christmas Journey: Pengembaraan Krismas Serba Magis
BYD Sealion 7: SUV Elektrik Premium Untuk Wanita Bandar
Sembilan Tahun Terseksa, Amanda Bynes Kini Bebas
Oscar 2021, Kejutan dan Sejarah Baharu
Kebenaran Mengenai Cincin Berlian Elizabeth Taylor
Menyelerakan, Ini 5 Menu Masakan Eyka Farhana Buat Semua Lapar!![]()

@itsmeleightonxWords seem so feeble in moments like these. Life is so precious, and death such a thief. The depth of your pain I cannot comprehend, but I’ll stand alongside you in the darkness, my friend. Love is a bond that death cannot part. Gone from your arms, but still held in your heart. 🤍
Pautan Berkaitan: 5 Filem Lakonan Pelakon Muda Dalam Kenangan, Kim Saeron
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
