Related Stories
Mencipta Momen Romantis, Ini 5 Hadiah Istimewa Buat Pasangan Anda
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioLove is in the air! Bulan romantis ini adalah peluang yang sempurna untuk mengekspresikan kasih sayang kepada pasangan anda dengan hadiah-hadiah istimewa.
Sempena bulan romantis ini, sudah tentunya anda ingin mencipta momen-momen manis dan romantis bersama pasangan anda. Salah satu cara untuk mencipta momen istimewa adalah dengan membuat kejutan melalui pemberian hadiah istimewa. Usaha dan perhatian yang anda tunjukkan sudah semestinya akan mengukir senyuman kepada lelaki istimewa dalam hidup anda.
Cipta Momen Romantis, Ini 5 Hadiah Istimewa Buat Pasangan Anda
GLAM menyenaraikan 5 cadangan hadiah istimewa untuk diberikan kepada pasangan anda.
1. Zegna Gioiello Adjustable Reversible Leather Belt

Kadangkala, apa yang diperlukan oleh pasangan anda ialah tali pinggang yang mempunyai reka bentuk klasik. Apabila berbicara tentang fesyen asas, seutas tali pinggang yang berkualiti perlu dititikberatkan. Gioiello Adjustable Reversible Leather Belt buatan Zegna ini merupakan salah satu tali pinggang yang diperbuat daripada 100% calfskin dan dilengkapkan dengan sempurna oleh gesper paladium yang berkilat.
2. YSL Men Eau De Parfum 
Dengan haruman yang memikat daripada YSL, set hadiah istimewa sempena Hari Kekasih pasti akan memikat cinta hati anda. Set wangian ini mengandungi Y Eau De Parfum dalam saiz 100ml dan 10ml, menampilkan gabungan geranium, salvia dan wood yang memikat.
3. Tumi Navigation Backpack

Pasangan anda merupakan seorang yang career-oriented? Untuk bulan romantis ini, hadiahkan lelaki istimewa anda dengan beg galas yang berkualiti tinggi. GLAM mencadangkan TUMI Navigation Backpack yang moden dan serba boleh, beg galas ini adalah beg harian yang terbaik. Ia sesuai untuk berulang-alik ke tempat kerja dan sesuai untuk perjalanan yang lebih jauh.
4. Bottega Veneta

Dompet buatan Bottega Veneta yang terkenal dengan teknik tenunan Intrecciato yang ikonik ini mungkin adalah salah satu item yang pasangan anda mahukan selama bertahun-tahun. Intrecciato Bi-Fold Wallet daripada Bottega Veneta mempunyai lapan slot kad, dua bill compartments bersama dua poket tambahan.
5. Gentle Monster

Kaca mata hitam daripada Gentle Monster ini pasti akan membuat pasangan anda kelihatan lebih ‘stylish’. Selain hadir dengan pelbagai pilihan warna, kaca mata hitam ini juga menampilkan bentuk struktur rama-rama, bingkai hitam yang ringkas dan butiran logam ikonik pada bahagian ‘temple’.
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

