Ikatan Perkahwinan Mawar Rashid & Raf Yaakob Terlerai - Glam Malaysia
Ikatan Perkahwinan Mawar Rashid & Raf Yaakob Terlerai

Ikatan Perkahwinan Mawar Rashid & Raf Yaakob Terlerai

Teka-teki mengenai status rumah tangga Mawar Rashid dan Raf Yaakob yang menjadi topik perbualan hangat netizen akhirnya terjawab.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mawar Rashid mengesahkan bahawa dia dan suami sepakat untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Walaupun membawa haluan masing-masing, mereka akan terus mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.

mawar rashid raf yaakob

“Fokus utama ketika ini adalah memberi sokongan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak kami. Kerjasama dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa adalah sangat penting dan itu yang kami lakukan bersama ketika ini, Insya-Allah.

“Kepada rakan media, ini satu-satunya pengumuman dari pihak kami dan kami berharap anda menghormatinya. Kepada pengikut kami, harapnya anda mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua. Jangan membuat spekulasi atau menyebarkan negativiti.”

Titik Noktah Perkahwinan Mawar Rashid dan Raf Yaakob

Aktres Suamiku Paling Sweet itu mengakui berduka dengan apa yang berlaku namun percaya ia adalah keputusan terbaik buat mereka.

“Bukan mudah untuk kami berkongsi berita perpisahan ini kepada anda semua. Namun ini adalah jalan terbaik buat kami berdua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong serta memberi kata-kata yang baik. Semua itu amat bermakna buat kami,” ujarnya.

See also
Perkahwinan Rahsia Lindsay Lohan

Mawar Rashid mendirikan rumah tangga dangan pelakon dan usahawan Raf Yaakob pada 9 November 2017. Hasil enam tahun perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Raf Yaakob mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

 

Foto: Harian Metro

Baca: Artis Malaysia Yang Melalui Perceraian Perit Pada 2023