Fakta Menarik Michelle Yeoh Dalam “Everything Everywhere All At Once” - Glam Malaysia

Fakta Menarik Michelle Yeoh Dalam “Everything Everywhere All At Once”

Dari satu anugerah ke satu anugerah, kini Tan Sri Michelle Yeoh genggam menerusi filem terkininya, “Everything Everywhere All At Once”. Sudahkah anda menontonnya? Sebelum tonton, ayuh lihat fakta tentang filem ini yang perlu anda tahu!

Filem “Everything Everywhere All At Once” ini merupakan sebuah filem yang unik, padat dengan pelbagai emosi, kelakar, penuh aksi dan cukup menangkap hati. Sudah tentu, filem ini mengambil usaha dan tenaga yang banyak untuk setiap adegan yang dilakonkan. Lagi-lagi apabila ia dilakonkan oleh wanita kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh. Amat membanggakan!

Menurut Cinema Blend, tiada filem yang pernah dihasilkan seperti filem ini. Mendapat ulasan baik bukan sahaja daripada mereka ini, malah pengkritik hebat seperti Rotten Tomatoes juga Eric Eisenberg turut memberi reaksi positif terhadap filem ini. Ini adalah sebuah filem yang harus ditonton oleh semua orang.

Menurut IMDb, berkisarkan tentang seorang imigran berbangsa Cina yang tiba-tiba disedut ke dalam sebuah pengembaraan yang bagai tidak diterima akal. Di mana dirinya sahaja yang boleh membantu dunia dengan cara meneroka sisi alam semesta lain yang menghubungkan semua kehidupan yang dilaluinya sebagai wanita bernama Evelyn. 

See also
Gaya Fesyen Terbaik Golden Globes 2024 Pilihan GLAM

Bukan sekadar itu, filem ini turut menyentuh elemen kekeluargaan yang mana kami rasakan ia cukup dekat di hati sesiapa sahaja yang menonton. Namun dalam realiti itu, ada juga adengan menghiburkan seperti adegan jari-jemari berbentuk hot dong, chef rakun dan pekaon Jamie Lee Curtis. 

#1 Jari-jemari hot dog adalah benar, bukannya CGI!

Jason Hamer pencipta prop ini menggunakan material yang hampir seakan dan menyerupai kulit manusia. Tidak mudah, seperti yang dikongsi Tan Sri Michelle Yeoh, proses membikin jari-jemari ini menyebabkan tangannya lebam-lebam! 

Michelle Yeoh

Pengarah filem ini, Daniel Scheinart, berkongsi,

“Dengan adanya prop yang sebenar, 100 peratus praktikal, membuatkan penggambaran jadi lebih seronok dan lebih mudah. Ini kerana para pelakon akan lebih tahu bagaimana hendak melakonkan serta memberi reaksi lebih tepat.”

#2 Adegan Tan Sri Michelle Yeoh di Karpet Merah! 

Untuk pengetahuan anda, adegan ini diambil daripada footage sebenar kerjaya beliau. Ketika ini adalah majlis karpet merah untuk filem Crazy Rich Asians. Jika anda perhatikan betul-betul anda akan terlihat papan tanda filem ini. 

See also
Jalin Persahabatan Dengan Pemangsa Seksual, Oprah Winfrey Dituduh Hipokrit

#3 Ini adalah filem terbaik sepanjang kerjaya hidup Tan Sri Michelle Yeoh

Mungkin ada yang setuju dan mungkin tidak. Tiada lagi lakonan wanita hebat ini dalam karakter sebegini. Ia turut diakui Tan Sri sendiri, beliau cukup terharu sehingga menitiskan air mata dapat melakonkan watak Evelyn ini. 

Kita mengenali Tan Sri Michelle Yeoh dengan watak-watak yang Penuh aksi kecuali dalam filem Crazy Rich Asians. Namun filem “Everything Everywhere All At Once” ini adalah filem yang menyajikan kedua-dua sisi Tan Sri Michelle Yeoh. Tidak hairanlah, lakonannya ini banyak kali diiktiraf dalam majlis-majlis anugerah. 

 

Pautan Berkaitan: Tan Sri Michelle Yeoh Dinamakan Sebagai Icon Of The Year