Remy Ishak Teruja Bakal Dikurnia Cahaya Mata Pertama - Glam Malaysia
Bakal Timang Cahaya Mata, Remy Ishak Berkongsi Kebimbangan Menjadi Bapa

Remy Ishak Teruja Bakal Dikurnia Cahaya Mata Pertama

Lebih setahun berumah tangga, Remy Ishak mengumumkan khabar gembira bahawa isterinya, Ezza Yusof sedang berbadan dua.

Berita itu dikongsikan Remy selepas tularnya sebuah video milik Ezza di media sosial, memperlihatkan baby bump milik isterinya yang jelas kelihatan. Bagaimanapun Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof hanya mengulas ringkas apabila ditanya mengenai perkara itu. “Tanya suami saya. Doakan yang baik-baik.”

Bercakap kepada Harian Metro, Remy mengakui tidak berniat untuk merahsiakan kehamilan isteri sebaliknya hanya mahu memastikan segalanya berjalan lancar.

“Kalau ikutkan hati, saya memang nak kongsikan berita gembira ini dari awal, tapi mengambil kira ini adalah kehamilan pertama jadi saya perlu pastikan kandungan isteri benar-benar kuat dan sihat. Doktor pun maklumkan supaya saya tidak berkongsi perkara ini terlebih dahulu, tapi kini semuanya sudah terjawab apabila isteri sudah melepasi trimester pertama.” Usia kandungan Ezza kini telah memasuki usia lima bulan.

remy ishak

Foto: Instagram

Pelakon berusia 40 tahun itu sempat meluahkan keterujaannya apabila dimaklumkan oleh isteri bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Saya bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Satu perasaan yang diimpikan setiap lelaki yang sudah berkahwin. Semoga bayi yang bakal dilahirkan sihat dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas doa kalian yang selama ini terus menunggu memandangkan baby bump pun tak boleh nak sorok lagi.”

remy ishak

Foto: Hijabista

Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin hubungan cinta. Pasangan ini pernah mengikat tali pertunangan pada 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah dua tahun kemudian.

Bagaimanapun pada Mac 2021, spekulasi percintaan mereka kembali tersebar setelah pelakon itu dilihat meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran Ezza di sebuah restoran bersama teman-teman mereka. “Kami menempuhi liku sebagai kawan seterusnya sebagai pasangan dan tunangan sebelum putus hubungan. Namun kalau dah jodoh tak ke mana. She’s the one.”

Foto: Twitter

 

Baca: Bingkisan Kuning Istimewa Dari Istana Negara Buat Remy Ishak & Isteri