Kate Spade New York Meraikan Pencapaian Wanita Malaysia
Label ikonik kota Big Apple, Kate Spade New York meraikan pencapaian lima wanita lokal yang terus memberikan inspirasi kepada wanita lain bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2021.
8 Mac saban tahun menjadi tarikh keramat buat setiap wanita di seluruh dunia. Kate Spade New York tidak ketinggalan meraikan barisan wanita hebat yang berani melangkah dalam kehidupan unik penuh dengan pemerkasaan, ekspresi diri dan kegembiraan. Dan tahun ini bersempena Hari Wanita Sedunia 2021, label ikonik kota New York itu meraikan lima wanita Malaysia yang terus memberikan inspirasi kepada wanita lain dengan pencapaian mereka yang tersendiri.
Kate Spade New York memilih lima wanita hebat ini berdasarkan usaha murni mereka untuk mencabar ketidak adilan yang dihadapi ramai wanita setiap hari, dan terus tabah menghadapi segala kesusahan. Sebagai sebuah label yang menjuarai kekuatan pemimpin wanita, mereka mahu berkongsikan suara lima wanita ikonik ini dalam menjadi titik permulaan kepada arus perubahan yang berkesan.

“Hari Wanita Sedunia adalah momen global buat lelaki dan juga wanita untuk merefleksikan bagaimana perlakuan dan keputusan kita untuk bersatu lebih rapat ke arah sebuah masyarakat yang lebih saksama dari segi jantina, dan bergerak jauh dari diskriminasi.” – Dato’ Shyamala Alagendra, peguam antarabangsa

“Hari ini adalah penanda kepada kekuatan wanita, untuk mengingati mereka yang telah berjaya meneruskan kehidupan, berubah dan akan terus berubah, Saya meraikan pelarian wanita dan mangsa perdagangan manusia yang saya perjuangan bersama. Kekuatan dan ketabahan mereka memberikan inspirasi untuk saya menjadi lebih bold dan berani untuk menegakkan keadilan.” – Heidy Quah, pejuang hak asasi manusia dan pengasas Refuge for The Refugees

“Ketika saya memulakan langkah saya dalam bidang BioTech, saya menyedari masih kurang wanita yang menceburi dalam bidang kerjaya ini. Saya merakan sangat penting buat saya dan juga wanita lain dalam bidang ini untuk mencabar statys quo ini!” – Dr. Jezamine Lim, pengasas/CEO Cell Biopeutics Resources

“Salah satu halangan terbesar yang saya hadapi adalah harapan masyarakat kepada diri saya. Mereka tidak mahu melihat wanita seperti saya dalam sukan gusti profesional. Bagaimana saya mengatasi kesulitan ini? Saya melakukannya dengan terus mengejar impian dan cita-cita saya untuk menjadi seorang atlet gusti.” – Nor ‘Phoenix’ Diana, atlet gusti hijab profesional

“Ramai yang cuba untuk mengelakkan konflik, terutamanya wanita yang secara tradisionalnya dipandang oleh masyarakat untuk menjadi sopan, lembut dan baik. Mereka diajar ciri-ciri kewanitaan ini adalah lebih penting daripada segalanya. Dengan kesedaran diri, dan penuh rasa hormat, saya mencabar apa yang boleh dicabar, jika tidak bagaimana perubahan itu dapat dilakukan?” – Dr Anjhula Mya Singh Bais, ahli psikologi trauma antarabangsa
Dalam meraikan usaha murni yang dilakukan oleh kelima-lima wanita hebat ini untuk membantu wanita lain, Kate Spade New York telah menjalankan satu sesi penggambaran dalam menggayakan koleksi musim bunga 2021 terbaharu. Sesi istimewa ini telah dirakamkan oleh jurufoto dan pengasas Cxpturing Souls Studios, Amanda Tan.
Baca lebih lanjut: The Crown, Nomadland Dan The Queen’s Gambit Kuasai Anugerah Critics Choice 2021
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
