Related Stories
Rayakan Diri Anda Dengan 5 Aktiviti Self-Love Mewah Ini
Sama ada meluangkan waktu di spa mewah, memanjakan diri dengan rawatan rambut di salun, menikmati pengalaman sinematik premium, meraikan diri melalui santapan fine dining secara solo atau mengisi petang dengan sesi afternoon tea yang sofistikated, setiap pengalaman ini mengajak anda untuk memberi keutamaan kepada diri sendiri.
Dalam kesibukan mengejar komitmen harian, ramai yang terlupa untuk meluangkan masa buat diri sendiri. Hakikatnya, self-love bukan hanya tentang memanjakan diri dengan perkara mewah, tetapi tentang menghargai keperluan emosi, mental dan fizikal secara konsisten. Kadangkala, beberapa jam yang diperuntukkan khusus untuk diri sendiri sudah cukup untuk mengembalikan tenaga dan perspektif yang lebih positif. Apabila anda mengamalkan ritual self-love, anda akan cenderung mempunyai hubungan yang lebih sihat dengan diri sendiri, lebih yakin membuat keputusan dan mampu menetapkan batasan yang diperlukan dalam kehidupan. Meluangkan masa untuk diri sendiri juga dapat membantu mengurangkan tekanan malah mencegah burnout. GLAM kongsikan 5 aktiviti self-love yang anda boleh lakukan seorang diri.
Hadiahkan Diri Anda Dengan 5 Ritual Self-Love Ini
1. Nikmati rawatan spa menenangkan

Jika rutin harian mula terasa meletihkan, mungkin sudah tiba masanya untuk menghadiahkan diri anda dengan sesi spa yang menyegarkan. Luangkan beberapa jam untuk menikmati urutan badan, rawatan wajah atau terapi aromaterapi yang direka khas untuk menenangkan minda dan melegakan ketegangan otot. Misalnya, THE SPA di Park Hyatt Kuala Lumpur menghadirkan pelbagai jenis aktiviti istimewa seperti Himalayan salt chamber dan bilik wap aromaterapi. Hasilnya, anda boleh memanjakan diri di samping menikmati pengalaman mewah yang penuh nyaman.
2. Afternoon Tea di ruang eksklusif

Nikmati waktu anda dengan pengalaman afternoon tea yang penuh elegan di ruang yang direka khusus untuk kemewahan dan ketenangan. Setiap sajian disusun rapi, daripada pastri yang disajikan bersama pilihan teh eksklusif, menjadikan setiap suapan satu momen yang dinikmati perlahan-lahan. Untuk pengalaman yang istimewa,anda boleh kunjungi THE LIBRARI di The RuMa Hotel & Residences yang terkenal dengan suasana klasik mewah serta layanan bertaraf dunia. Di sini, waktu seakan bergerak lebih perlahan, membolehkan anda menikmati setiap detik dengan penuh gaya dan ketenangan.
3. Hayati pengalaman fine dining seorang diri

Membawa diri untuk menikmati hidangan di restoran fine dining mungkin kedengaran luar biasa bagi sesetengah orang, namun ia sebenarnya antara bentuk self-love yang bermakna. Tanpa gangguan perbualan atau jadual orang lain, anda berpeluang memberi sepenuh perhatian kepada setiap hidangan yang disajikan, daripada pembuka selera hingga pencuci mulut. Untuk pengalaman yang lebih istimewa, anda boleh tempah meja di Beta KL yang bertaraf 1 bintang Michelin Star dan nikmati perjalanan gastronomi dalam suasana yang elegan. Sesekali, meraikan diri sendiri dengan hidangan eksklusif adalah satu kemewahan yang wajar dinikmati.
4. Manjakan diri dengan sesi di salun

Kadangkala, perubahan kecil pada penampilan mampu memberi suntikan keyakinan yang besar. Anda boleh memanjakan diri di salun dengan rawatan rambut, melakukan potongan baharu, blowout atau rawatan kulit kepala yang menyegarkan. Selain membantu anda untuk tampil lebih kemas dan berseri, pengalaman ini juga memberi ruang untuk anda berehat seketika daripada kesibukan harian. Anda boleh anggap ia sebagai satu bentuk penghargaan kepada diri sendiri kerana melabur dalam penjagaan diri bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan. Contohnya, salun COCOdry yang mempunyai pelbagai cawangan menawarkan pelbagai pakej buat anda yang menginginkan penjagaan rambut.
5. Tonton filem dalam suasana mewah

Bagi pencinta filem, menonton naskhah pilihan dalam suasana yang lebih eksklusif boleh menjadi pengalaman self-love yang cukup istimewa. Berbeza daripada pawagam biasa, pawagam premium menawarkan tempat duduk yang lebih selesa, privasi yang lebih baik serta perkhidmatan makanan dan minuman terus ke tempat duduk. Untuk pengalaman yang lebih mewah, anda boleh kunjungi Aurum Theatre di The Exchange TRX yang menyatukan keselesaan optimum bersama pengalaman sinematik yang lebih imersif. Kadangkala, beberapa jam yang dihabiskan bersama filem yang menarik adalah segala yang diperlukan untuk merehatkan minda dan menikmati masa berkualiti bersama diri sendiri.
Artikel berkaitan: Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?
Artikel Berkaitan
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Menyusuri Sejarah dan Sulaman Palestin di Muzium Kesenian Is...
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Pilihan Bacaan Seterusnya
Tingkatkan Gaya Pejabat Dengan Pilihan Pakaian Minimalis Dar...
Ini Jam Tangan Paling Ideal Di Bulan Ramadan
Dominasi Biru di Setiap Pojok Kediaman
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Tranformasi Selebriti Paling Hebat Dalam #10YearChallenge Ya...
Kenali Eileen Gu, Pemenang Pingat Emas Olimpik Musim Sejuk 2...
Formulasi Unggul Gongjinhyang Mi
Momen Fesyen Atikah Karim Bersama GLAM
Retorik: Sinergi Seni Visual & Budaya Popular
MAYA KARIN
Irama Lagenda Tchaikovsky Swan Lake Bakal Bergema Di Resorts...
Terapi Cantik Secara Holistik Bersama N°1 DE CHANEL
Penjagaan Tanaman Dalam Pasu
Pertandingan Buat Pelajar Fesyen Oleh Giorgio Armani
GLAM Oktober 2015
20 Stail Terbaik Selebriti Di Academy Museum Gala
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
