Formulasi Unggul Gongjinhyang Mi

Utuh sebagai jenama premium Korea, The History of Whoo secara eksklusif dirumuskan melalui proses purba perubatan timur. Kombinasi herba-herba oriental yang berharga  dipersembahkan secara eksklusif kepada Maharaja dan Maharani pada 800 tahun dahulu.
 
Memperkenalkan rangkaian Gongjunyang Mi yang di rumus untuk mengembalikan keremajaan, mengecapi kulit muda, berkilau, dan sempurna bersama bahan semula jadi utamanya iaitu GongJinBiDan, HongOkBaekSan, HongOkGo, SaengGiOHwajin dan Royal Treasures.
 
Whoo  Gongjinhyang Mi Luxury Base
 
Whoo Gongjinhyang Mi Luxury Base
Kelalang emasnya sahaja sudah menjanjikan kemewahan intipati. Luxury Base berfungsi untuk menghilangkan kedutan, memberikan nutrisi (GongJinBiDan, madu), melembutkan, berkilat dan sentuhan baldu pada kulit.
 
Whoo Gongjinhyang Mi Cream Pact SPF 34 PA++
 
Whoo Gongjinhyang Mi Cream Pact SPF 34 PA++
Bersifat krim yang memudahkan olesan kali pertama. Ia dicipta sempurna yang memberikan liputan lebih baik daripada bb krim. Diperkaya dengan pelindung sinar, krim ini turut mengandungi bahan anti kedutan dan garis halus. Sarat dengan intipati unggul seperti Gong Jin dan, Ginseng Liar, Cordyceps Militaris, Hong Ok Go, emas, mutiara dan amber.
 
Whoo Gongjinhyang Mi Luxury Lipstick
 
Whoo Gongjinhyang Mi Luxury Lipstick
Mewah dengan rona merah, koleksi gincu ini hadir dalam 10 warna yang berbeza. Sarat dengan Hong Ok Baek San yang memberikan kesan hidrat dan melembutkan bibir, ia turut diperkaya bersama ekstrak lima bunga iaitu Peony, Lily of the valley, Chrysanthemum, Lotus dan Ume flower serta Royal Treasure seperti emas, mutiara dan amber.
 
Whoo Gongjinhyang Mi Make up Pact
 
Whoo Gongjinhyang Mi Make up Pact SPF30/ PA++
Melembapkan dan ultra lembut sehingga membuatkan  kulit anda kelihatan licin dan sempurna. Sentuhan lembut serta-merta, kemasan telus dan matte secara semula jadi dan bercahaya. Rangkaian unggul Diraja dengan formulasi eksklusif  untuk memelihara  keanggunan dan keindahan maharani. Berdasarkan ‘Gongjinbidan’, ia dipertingkatkan lagi dengan ‘Hongokgo’, formula kosmetik diraja semata-mata untuk maharani dengan penggunaan bahan seperti emas, amber dan mutiara.
 
 

POST A COMMENT