Trend Kecantikan Pilihan GLAM Di MFW Musim Bunga/Panas
5 Trend Kecantikan Pilihan GLAM Di Minggu Fesyen Milan Musim BungaPanas

5 Trend Kecantikan Minggu Fesyen Milan Musim Bunga/Panas 24

Minggu Fesyen Milan SS24 semestinya mencuri tumpuan dengan pementasan koleksi terbaru daripada jenama-jenama terkemuka. Namun begitu, trend kecantikan juga turut diperhati dan menjadi bualan ramai sebagai bicara trend cantik yang boleh diinspirasi. GLAM himpunkan lima trend kecantikan terbaik sepanjang Minggu Fesyen Milan baru-baru ini.

Apabila bercakap tentang trend, fesyen dan kecantikan semestinya selalu bergerak seiring kerana ianya sentiasa menjadi sebuah trendsetter. 

Minggu Fesyen Milan yang berlangsung baru-baru ini telah memberi pementasan yang cukup memukau dan turut memberi pelbagai trend kecantikan yang baharu. Daripada gaya rambut sehingga lah ke solekan, ikuti pilihan GLAM Cantik tentang trend kecantikan di Minggu Fesyen Milan Musim Bunga/Panas 2024.

Trend Kecantikan Di Minggu Fesyen Milan SS24

1. Solekan diva 60-an

Pereka fesyen atau duo inovatif Sicily, Dolce & Gabbana menggambarkan trend kecantikan berterusan yang mempersonakan. Jenama ini seolah-olah memberi konsep penghormatan kepada ratu ikonik 60-an.

Gincu warna ton merah yang berbeza pada model memberikan look sexy dan edgy. Gabungan eyeliner ala 60-an seperti pandangan mata kucing, melengkapkan lagi solekan yang dibawa ke pementasan runway.

Bagaimanapun, Dolce & Gabbana tetap menghasilkan rupa yang moden walau berkonsepkan diva 60-an dengan penggayaan gaya rambut “chignon” yang ditanam dan ditarik rapi.

2. Gaya rambut gris

Perincian gaya rambut di Minggu Fesyen Milan sememangnya menakjubkan! Namun, gaya rambut gris hadir memberikan trend gaya baru yang kelihatan fresh. 

Prada membawa konsep jajaran helaian rambut digris yang bergaya. Sama ada terhampar di dahi atau disikat kemas dari muka, gaya rambut dipadukan dengan ikatan kepala ultra lebar yang cukup memberi clean look. 

Gaya rambut trend kecantikan ini juga kelihatan seperti wet-look trend yang pernah menjadi fenomena dan popular sehingga kini. 

3. Quiet luxury

Seperti yang kita tahu, solekan quiet luxury menjadi trend yang sedang hangat jika di lihat pada semua platform social media dan Versace semestinya tidak ketinggalan!

Donatella Versace yang merupakan pengarah kreatif jenama terkemuka ini mengadaptasi suntikan 90-an dalam koleksi terbarunya. Look kemas, mahal dan menawan kian terpampar sepanjang peragaan fesyen berlangsung. Pemilihan solekan quite luxury sememangnya bijak kerana ia membuatkan koleksi runway Versace kali ini tetap menyerlah dan seimbang.

4. Bibir beri

Diilhamkan oleh buah beri, warna gincu merah gelap turut dilihat sebagai trend kecantikan di Minggu Fesyen Milan.

Pementasan dari Gucci telah membawa trend kecantikan yang karismatik. Jurusolek Thomas de Kluyver menggunakan warna raspberi yang berair atau dikenali sebagai Gucci Rosso Ancora dan diungguli dengan Éclat de Beauté Effet Lumière gloss. Menghasilkan warna bibir merah gelap yang mempersonakan dan bersinar.

5. The new twenties

Gaya rambut ala era 20-an menjadi salah satu trend yang dibawa oleh jenama eksklusif Giorgio Armani. Gelombang jari dan bahagian romantis yang mendalam pada tahun 1920-an menjadi kemas kini sebagai pilihan gaya rambut yang dibawa bersama ke pentas peragaan.

Rambut yang kelihatan wavy diukir dan diolah meleret ke sisi tepi membuatkan rupa paras kelihatan cukup menawan sekali. Helaian kreatif gaya rambut trend kecantikan ini menjadikan gelombang lama yang dibawa ke era kini masih tetap mempunyai relevansi!

Artikel Berkaitan: Helmut Lang Kembali Ke NYFW Dengan Solekan Suntikan 90’s