Ilusi Bibir Mungil Bersama Hermèsistible
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioTerpesona dengan nuansa palet Hermèsistible penuh keriangan malah cipta ilusi bibir lebih mungil dan seksi.

Hermès Beauty kembali dengan barisan penjagaan rapi bibir iaitu Lip Oils menerusi Hermèsistible. Hanya dengan enam pilihan warna sudah cukup menambat hati wanita seluruh dunia. Sesuai dengan perkembangan dunia semasa, terutama dunia kosmetik yang menumpukan kepada booster tambahan dalam penjagaan tubuh badan termasuklah kosmetik. Yang kini semakin rancak menggabungkan formula penjagaan kulit bersama barangan kosmetik.

Hermèsistible adalah gabungan sentuhan terbaik kala menjaga permukaan bibir disebalik menyerlahkan bentuk bibir agar tampak bersinar dan segar. Pilihan enam warna seperti spiced rosewood, sunny coral, fresh pink, crisp red, light-filled beige dan sparkling purple memberi sentuhan segar, semula jadi dan yang paling utama adalah senyuman makin bersinar cantik.

Seperti berada di kebun buah-buahan segar, buahnya dipetik lalu diperah segar, jusnya manis membias emosi kala anda menyalap lembut Hermèsistible yang diperbuat dari bahan semula jadi. Tekstur minyak yang menyenangkan dan meninggalkan kesan bibir lembut dan bersinar. Bibir lebih terbelai lembut, terhidrasi, tampak tebal dan segar.

Menurut pencipta Hermès Beauty, Pierre Hardy gambaran buat Hermèsistible merupakan satu objek cukup menggembirakan dan riang. Dengan bentuk lutsinar kaca dan diperbuat daripada 14 % bahan kitar semula serta 100% kaca kitar semula, barisan Hermèsistible adalah paling teristimewa. Ianya refleksi kepada semangat segar dan unik. Pemilihan penutup berona putih menyentuh elemen utama Rouge Hermès. Rekaan aplikasi produk cukup mudah digunakan dan sangat lembut apabila terkena pada permukaan bibir.
Artikel berkaitan: GLAM Obsesi: 10 Carre Hermes Musim Bunga 2022
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
