fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Evolusi Seni Klasik Dalam Dunia Fesyen Moden
Salma Hayek Dedah Pengalaman Hampir Maut Akibat Covid-19
GBC Love Wellness: 10 Tanda Anda Perlukan Rehat Total
5 Tanda Badan Anda Konsumi Gula Secara Berlebihan
10 Atlet Lelaki Di Olimpik Paris 2024 Patut Anda Kenali
Home > Gaya Hidup > Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?

Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?

The Butterfly Florist & Slowbar, Sonny Bagel Shop, Coffeeboy Club, Sunseed Wellness Bistro, Tenn Racquet Club dan HdPc Home For All menanti anda di JAM PJ.

Selepas lebih sedekad menjadi antara destinasi ikonik di Petaling Jaya, The Gasket Alley kini diberi nafas baharu menerusi penjenamaan semula sebagai JAM PJ. Bermula April 2026, ruang industri yang pernah menjadi tumpuan penggemar kopi, fesyen dan acara komuniti ini kini melangkah ke lembaran baharu bersama deretan kedai yang bakal menanti anda di sana. Daripada fesyen hingga gastronomi, GLAM himpunkan antara destinasi yang bakal mencuri perhatian anda di JAM PJ. 

Ini Antara Lokasi Yang Perlu Anda Terokai Di JAM PJ!

1. The Butterfly Florist & Slowbar

Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?

Diasaskan oleh Daiyan Trisha, The Butterfly Florist & Slowbar menjadi antara tarikan terbaharu yang menghiasi JAM PJ. Menyatukan konsep kedai bunga dan kafe dalam satu ruang yang estetik, lokasi ini menawarkan suasana santai yang sesuai untuk menikmati secangkir kopi sambil dikelilingi rangkaian bunga segar yang disusun indah. Pembukaannya turut menandakan babak baharu buat JAM PJ.

Lokasi: JAM PJ, Petaling Jaya

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

2. Coffeeboy Club

Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?

Jenama tempatan ini terkenal dengan konsep kafe yang menggabungkan kopi berkualiti, menu makanan serta budaya muzik yang menjadi sebahagian daripada identitinya. Selain menghadirkan pelbagai pilihan kopi dan hidangan sepanjang hari, Coffeeboy Club turut menganjurkan sesi mendengar muzik serta kolaborasi kreatif. Dengan suasana yang santai dan moden, ia menjadi lokasi ideal untuk bersantai, bekerja mahupun bertemu rakan-rakan. 

Lokasi: Lot 15,13 Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya Selangor

Waktu operasi: Hari Ahad sehingga Isnin dari 7.30 pagi sehingga 10.00 malam

3. Sonny Bagel Shop

Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?

Buat penggemar pastri bagel, Sonny Bagel Shop antara destinasi yang tidak boleh dilepaskan ketika berkunjung ke JAM PJ. Dikenali dengan pilihan bagel yang dihasilkan segar setiap hari, Sonny Bagel Shop menawarkan pelbagai variasi bagelyang sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Lebih menarik, Sonny Bagel Shop adalah lokasi pertama di Malaysia yang menghadirkan woodfired bagel. Daripada pilihan klasik sehinggalah kombinasi rasa yang lebih kreatif, setiap hidangan disediakan dengan perhatian terhadap kualiti dan rasa. 

Lokasi: LG01 & LG02, Lot 68, Jln 13/6, Seksyen 13 46200 Petaling Jaya

Waktu operasi: Hari Selasa hingga Ahad dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang

4. Sunseed Wellness Bistro

Tersorok di tengah hijauan hutan kecil di JAM PJ, Sunseed Wellness Bistro menawarkan pengalaman gastronomi yang jauh daripada hiruk-pikuk kota. Dikelilingi landskap hijau yang menyegarkan serta ruang dalaman berasaskan elemen kayu yang hangat, bistro ini menjadi pilihan ideal untuk menikmati sarapan, makan tengah hari mahupun sesi santai bersama keluarga dan rakan-rakan. Tingkap kaca besar yang membenarkan cahaya semula jadi masuk ke ruang makan, dipadankan dengan dekorasi rotan yang estetik, mewujudkan suasana yang tenang. Sunseed Wellness Bistro mengetengahkan pelbagai hidangan berkhasiat yang dihasilkan daripada bahan-bahan segar. Dengan konsep “little forest” yang unik dan suasana yang mendamaikan, Sunseed Wellness Bistro sememangnya antara permata tersembunyi yang wajar diterokai ketika berkunjung ke JAM PJ. 

Lokasi: Lot15, Jalan 13/6 PSJ 13 Petaling Jaya 46200 Selangor, Petaling Jaya, Malaysia 46200

Waktu operasi: 8.30 pagi sehingga 10 .00 malam

5. Tenn Racquet Club

Menggabungkan dunia sukan dan fesyen dalam satu ruang, TENN Racquet Club menghadirkan pengalaman gaya hidup yang lebih moden buat pencinta tenis. Dilengkapi gelanggang latihan yang direka untuk pemain pelbagai tahap kemahiran, pengunjung boleh berlatih, bermain dan mengasah kemahiran mereka dalam persekitaran yang selesa. Namun, tarikan TENN Racquet Club tidak terhenti di gelanggang sahaja. Ia turut menempatkan butik yang menawarkan pilihan athleisure dan pakaian sukan. 

Lokasi: LG08 & AL08, JAM PJ, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu dari 9.00 pagi sehingga 10.00 malam

Laman web: Tenn Racquet Club – More than just Tennis

6. HdPc Home For All

Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?

HdPc menerusi ruang konsep terbaharunya, Home For All lebih dikenali sebagai salah satu jenama streetwear tempatan yang mempunyai identiti tersendiri. Ruang ini direka sebagai tempat pertemuan buat komuniti kreatif, pencinta fesyen dan mereka yang menghargai budaya jalanan moden. Menampilkan koleksi pakaian, aksesori serta pelbagai kolaborasi eksklusif, Home For All mencerminkan gaya santai yang menjadi DNA jenama tersebut. Dengan susun atur yang moden dan atmosfera yang mesra komuniti, ia menjadi lokasi ideal untuk meneroka rekaan terkini sambil menyelami dunia kreatif yang dibina oleh HdPc. Seiring dengan semangat baharu JAM PJ, Home For All hadir sebagai ruang yang merayakan ekspresi diri, kreativiti dan hubungan antara komuniti.

Lokasi: Lot MO8, JAMPJ, Level 2, Lot 15, Jalan 13/6, PJS 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Setiap hari dari 12.00 tengah hari sehingga  8.00 malam

Laman web: HdPc

Artikel berkaitan: ‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga