Terbang Bersama AirAsia Untuk Pengalaman Luar Biasa Di Jaipur! - Glam Malaysia

Terbang Bersama AirAsia Untuk Pengalaman Luar Biasa Di Jaipur!

GLAM berpeluang merasai pengalaman menakjubkan terbang bersama AirAsia dalam pengembaraan suai kenal ke bandar Jaipur atau lebih dikenali sebagai ‘The Pink City’!

Lawatan selama empat hari tiga malam di kota Jaipur, India merupakan satu pengalaman yang semestinya tidak dapat dilupakan. AirAsia kini menyediakan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) di Malaysia dan Lapangan Terbang Jaipur (JAI) di India. Di mana, empat penerbangan mingguan ini bermula pada 21 April 2024 dan akan berlangsung sehingga 19 Mac 2025. Pengalaman kembara selama lima jam sepuluh minit ini memberikan penerbangan yang lancar dan selesa atas perkhidmatan hospitaliti terbaik AirAsia. 

Meneroka Keindahan Budaya Serta Kemegahan Seni Bina Di Bandar Jaipur.

1. Fairmont Jaipur

Merupakan tempat penginapan mewah bertaraf lima bintang, Fairmont Jaipur menjadi destinasi pilihan penginapan dalam kembara ini. Hotel seakan istana mewah ini memaparkan perincian seni bina kemegahan agung Rajasthani. Reka bentuk serta hospitalitinya diinspirasi daripada diraja Rajasthan dengan gabungan moden yang kontemporari.

See also
7 Fakta Menarik Mengenai Anugerah Grammy 2021

2. Amber Fort

Antara tarikan utama menjadi tempat melancong di sekitar bandar Jaipur ialah Amber Fort. Sebuah kubu yang terletak di Amer Rajasthan, India. Amber Fort terkenal dengan elemen gaya artistiknya. Dengan benteng besar dan siri pintu gerbang serta laluan berbatu, kubu ini menghadap ke Tasik Maota yang merupakan sumber air utama untuk Amer Palace. 

3. Panna Meena Ka Kund

Tidak lengkap pengembaraan ke Jaipur tanpa melawati keindahan Panna Meena Ka Kund. Salah satu sebahagian menarik dalam sejarah seni bina India. Panna Meena Ka Kund ialah telaga bertingkat lapan tingkat sedalam 200 kaki dengan 1800 langkah simetri. Dengan perincian anak tangga teselasi bersilang yang unik, ia menjadi kegemaran Instagram kerana panoramanya yang fotogenik sebagai latar belakang untuk bergambar.

4. Ganesh Pol

Kecantikan seni bina Ganesh Pol semestinya tidak dapat disangkal. Terletak di tengah-tengah Amber Fort Rajasthan, ia merupakan pintu masuk yang yang kaya dengan sejarah dan keindahan seni bina. Pintu masuk yang rumit ini ditutup dengan mural serta ukiran yang mempersonakan. Memberi fungsi sebagai penghormatan kepada kemegahan dan kekayaan raja Rajput yang pernah menguasai tanah Jaipur. Lukisan mural pula mewakili tema dari mitologi Hindu, menunjukkan kehebatan artistik para tukang yang bekerja keras dalam menghidupkan visi raja.

See also
"It Girl" Sepanjang Dekad Yang Perlu Anda Tahu

5. Sheesh Mahal

Sheesh Mahal seakan istana kaca dengan pemandangan yang menakjubkan. Ruang yang indah ini ditutup dengan beribu-ribu cermin kecil, menghasilkan kesan kilauan yang memantulkan cahaya dalam pelbagai bentuk dan warna. Ia dihiasi dengan mozek yang cantik, cermin berwarna yang berkualiti tinggi, sesuai dengan nama Sheesh Mahal yang menandakan ‘rumah cermin’. Lantas, ia menjadi tempat tontonan yang mempesonakan di mana cermin bukan sahaja memantulkan cahaya, malah menjadi lambang kemewahan diraja dan kecemerlangan artistik berabad-abad lamanya!

6. Bengkel Block Printing

Kembara ini turut menjadi lebih menarik dengan aktiviti ‘block printing’ yang merupakan kegiatan popular di Jaipur. Percetakan blok tangan adalah pengecapan reka bentuk pada kain kapas dengan warna bongkah yang diperbuat daripada kayu yang diukir. Pengalaman merasai sendiri akan aktiviti block printing ini semestinya pengalaman yang istimewa. Pencetakan blok tangan ini memupuk pemahaman tentang teknik percetakan yang merupakan sebahagian daripada budaya tekstil tradisional dan kontemporari India.

7. Hawa Mahal

Merupakan salah satu destinasi paling mempersonakan yang menjadi tempat wajib untuk disinggah buat para pengunjung. Kecantikan seni bina Hawal Mahal memang luar biasa dan tiada bandingnya. Ia merupakan simbol sejarah serta kekayaan budaya Rajasthan. Bahagian hadapannya yang tersergam indah, dihiasi dengan ukiran rumit berwarna-warni. Lantas, membangkitkan kemewahan dan kemegahan monumen diraja Jaipur.

See also
SILK: Pameran Skarf Sutera Salvatore Ferragamo

Artikel Berkaitan: Fairmont Jaipur, Destinasi Penginapan Mewah Dengan Keunggulan Seni Bina Dan Budaya