fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Selebriti Yang Menyarung Gaun Perkahwinan Sendiri Ke Acara Hiburan
All In One! Ini 5 Percutian Mewah Kapal Persiaran
Koleksi BALENCIAGA terbaru Dan Perkara Menarik Sepanjang Bulan Ini
5 Destinasi Resort Mewah Di Pulau Malaysia
Kisah Percintaan Selena & Benny Dalam Lagu ‘Call Me When You Break Up’
Home > Gaya Hidup > Hadiah Hari Bapa! Song Joong Ki Timang Putera Sulung

Hadiah Hari Bapa! Song Joong Ki Timang Putera Sulung

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Enam bulan mengumumkan perkahwinan dengan Katy Louise Saunders, Song Joong Ki kini telah pun bergelar bapa kepada seorang cahaya mata.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Song Joong Ki menerusi fan cafe rasmi miliknya. Dia turut menyertakan sekeping foto hitam putih yang menunjukkan anak lelakinya sedang menggenggam jari kelingkingnya.

“Saya kini berada di Rom, kampung halaman isteri saya. Kami baru sahaja menyambut kelahiran anak sulung, seorang anak lelaki. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Saya kini sedang menjaga keluarga saya, dengan perasaan gembira dan bersyukur.”

Menerusi perkongsian sama, pelakon berusia 37 itu berkata anak lelakinya adalah anugerah paling buat berharga buat dia dan isteri. Kehadirannya memenuhi impian terbesar mereka untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse