Related Stories
JLo Anjur Afterparty Secara Maya Pada Malam Tahun Baru
Walaupun sibuk dengan persediaan sambutan tahun baru, ia tidak menghentikan penyanyi Latin ini daripada terus bekerja keras untuk meluaskan perniagaannya dalam bidang kecantikan.
Jennifer Lopez dijadualkan untuk membuat persembahan pada malam tahun baru di Dick Clark’s New Year’s Rockin’ Eve With Ryan Seacrest bertempat di Times Square, New York. Antara selebriti lain yang akan turut serta adalah Billy Porter, Cindy Lauper, Jimmie Allen, Machine Gun Kelly, Andra Day dan Gloria Gaynor.
Sebaik sahaja habis membuat persembahan, dia akan pulang dan menganjurkan Wash Away 2020 Virtual After Party secara maya dari bilik mandi kediamannya! Kedengaran pelik, namun ini adalah untuk meraikan pelancaran JLo Beauty, jenama kecantikan miliknya.
Parti ini akan berlangsung pada tengah malam melalui Zoom dan seramai 1,000 peminatnya dijemput hadir, sebagai “simbol membersihkan tahun 2020”.
“Saya suka malam tahun baru kerana ini adalah permulaan baru, peluang untuk membersihkan masa lalu dan menyambut kemungkinan yang tiada batasan serta harapan baru. Tahun ini, ramai antara kita yang mempelajari bahawa kita perlu meluangkan masa untuk diri sendiri dan praktikkan penjagaan diri, dari kesihatan mental hingga fizikal,” katanya kepada US Weekly.

“Wash Away 2020 Virtual After Party ini juga adalah peluang untuk kita semua berkumpul, meraikan dengan ‘membersihkan’ tahun 2020 (termasuk solekan persembahan malam tahun baru saya!) sambil melancarkan JLo Beauty dengan peminat kegemaran saya.”
Koleksi JLo Beauty terbaharu ini merangkumi lapan barang penjagaan kulit, termasuk pembersih, bronzing highlighter dan makanan tambahan, pada harga bermula dari RM73 untuk pupur wajah RM320 untuk serum.
“Anda ingin tahu bagaimana saya boleh miliki kulit sebegini, bagaimana saya kelihatan seperti ini? Beginilah caranya,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, “Ini cara saya lalui hidup, ia cukup ringkas.”
Koleksi ini akan mula dijual di jlobeauty.com hari ini.
Foto: JLo Beauty
Baca: Dua Kali Tunda, Jennifer Lopez Batalkan Rancangan Kahwin
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
