Beg Tangan Coach Pilihan GLAM Buat Gaya Musim Panas Anda
Beg tangan Coach pilihan GLAM buat gaya musim panas anda adalah termasuk Coach Barrel Bag, Coach Plaza Bag, Coach Tabby Shoulder Bag 26, Coach Tabby Shoulder Bag 26 With Pillow Quilting, Coach Brooklyn Shoulder Bag 28, Coach Brooklyn Shoulder Bag 39, Coach Chelsea Shoulder Bag 36 dan Coach Tabby Shoulder Bag 20 in Regenerative Cotton Denim.
Musim panas kembali saban tahun dan membawa bersamanya adalah cahaya hangat dan aura yang lebih segar. Dalam setiap hembusan angin dan sinar mentari yang lembut, tersimpan rasa baru yang membangkitkan semula semangat untuk berekspresi dengan lebih berani. Dalam alunan hari yang cerah ini, gaya anda tidak lengkap tanpa beg tangan bersama rekaan yang mempesona, terutama untuk percutian musim panas ini. Namun, rona juga menjadi elemen penting dalam menyuntik daya tarikan pada estetik fesyen anda. Beg tangan daripada Coach menjadi teman setia sepanjang musim panas ini, dengan rekaan yang melengkapkan gaya anda dengan sempurna. Daripada Coach Barrel Bag, Coach Brooklyn Shoulder Bag 28 dan Coach Tabby Shoulder Bag 26, GLAM kongsikan pilihan beg tangan Coach berserta rona yang sempurna untuk digayakan!
Ini Pilihan Beg Tangan Coach Dan Rona Sesuai Untuk Gaya Musim Panas Anda!
1. Dark Fuchsia
Coach Barrel Bag


Diinspirasikan daripada rekaan ikonik dalam arkib Coach, Barrel Bag bersaiz kompak ini diperbuat daripada bahan suede baldu dan kulit mewah yang sofistikated. Dilengkapi dengan penutupan zip di bahagian atas, siluet silinder yang versatil ini boleh digayakan sama ada sebagai beg bahu atau silang tubuh menerusi tali boleh tanggalnya. Walaupun tampil minimal, ia tetap mampu memuatkan pelbagai barangan penting seperti dompet dan telefon bimbit, terutamanya saat anda sedang menikmati percutian. Anda boleh menggayakan beg tangan ini bersama helaian berona putih untuk mencipta kontras yang lebih menyerlah dalam gaya musim panas.
Coach Plaza Bag


Coach Plaza Bag ini mungkin tampak kecil pada pandangan pertama. Namun, di sebalik siluetnya yang ringkas, tersimpan seribu satu gaya tanpa batas yang mampu melengkapkan setiap penampilan dengan pesona yang eksklusif. Coach Plaza Bag ini hadir dengan rekaan versatil yang ideal untuk dibawa ke mana sahaja serta diserikan dengan aura sofistikated ala New York. Dihasilkan daripada suede baldu dan kulit mewah, versi kompak ini memiliki satu ruang yang menawarkan ruang mencukupi buat keperluan harian anda seperti telefon bimbit, kunci dan aksesori lain. Ia turut boleh digayakan sebagai beg bahu pendek atau ditukar menjadi wristlet untuk penampilan yang lebih fleksibel. Sesuai digayakan bersama denim untuk gaya santai mahupun melengkapkan penampilan ke majlis istimewa sepanjang musim panas, Coach Plaza Bag kekal sebagai item klasik Coach yang wajar dimiliki.
2. Putih
Coach Tabby Shoulder Bag 26


Beg tangan berwarna putih merupakan antara item klasik yang kekal relevan sepanjang tahun. Bersih, minimalis dan chic, ia menyerlahkan penampilan eksklusif tanpa kelihatan berlebihan. Misalnya, Coach Tabby Shoulder Bag 26 adalah pelengkap sempurna buat gaya musim panas anda bersama rekaannya yang tampak rapi. Beg tangan ini tampil sebagai interpretasi moden daripada rekaan arkib Coach era 1970-an, disempurnakan dengan siluet berstruktur dalam kemasan polished pebble leather yang mewah. Dengan perincian signature ikonik, beg kompak bersaiz 26 ini turut disertakan bersama dua tali boleh tanggal yang membolehkan anda menggayakannya sebagai beg tangan, disandang sebagai beg bahu atau dipakai secara silang tubuh untuk versatiliti. Misalnya, walaupun kelihatan minimal, anda boleh meletakkan keperluan asas ketika bercuti seperti dompet, telefon dan wireless earbuds. Apabila digayakan bersama denim skirt atau gaun satin untuk acara khas, beg tangan ini menjadi pernyataan gaya buat anda.
Coach Tabby Shoulder Bag 26 With Pillow Quilting


Coach Tabby Shoulder Bag 26 With Pillow Quilting menawarkan siluet berstruktur yang diperbuat daripada quilted plush dalam kemasan kulit nappa ultra lembut yang terasa cukup eksklusif. Bersama material ini, penampilan anda boleh digayakan secara kasual mahupun berpenampilan penuh elegan. Beg tangan Coach kompak bersaiz 26 ini turut menampilkan tali rantai kulit panjang yang boleh digayakan secara silang tubuh, atau digandakan untuk penampilan yang lebih ringkas atau anggun. Beg tangan ini boleh dipadankan bersama kemeja putih oversized dan seluar tailored untuk mencipta penampilan yang moden dan sofistikated. Hasilnya, keseluruhan penampilan tampak sesuai digayakan dari siang hingga ke malam.
3. Maple Brown
Coach Brooklyn Shoulder Bag 28


Rona coklat gelap boleh menyerlahkan setiap gaya musim panas dengan lebih elegan dan serasi dipadankan dengan hampir semua helaian dalam almari fesyen anda. Rona ini ideal untuk digayakan ketika bersiar-siar santai di taman mahupun menikmati percutian musim panas yang dinanti-nantikan, sambil menghidupkan pesona sofistikated pada setiap langkah anda. Coach Brooklyn Shoulder Bag 28 hadir dengan siluet minimalis dan lebih kecil daripada versi 39. Rekaan hobo ini dihasilkan daripada kulit bertekstur semula jadi yang lembut dan eksklusif di samping menampilkan ruang dalaman yang luas. Turut menambah lebih elemen praktikal buat anda, fungsi poket snap disertakan untuk akses mudah kepada keperluan penting. Reka bentuk Coach Brooklyn Bag 28 yang lebih moden ini turut dilengkapi dengan tali bahu lebar yang selesa serta penutupan magnetik yang praktikal.
Coach Brooklyn Shoulder Bag 39


Berbeza daripada Brooklyn 28, Coach Brooklyn Shoulder Bag 39 tampil dengan siluet yang lebih luas sekali gus menjadi pilihan beg tangan yang sempurna untuk anda yang sering membawa pelbagai keperluan sepanjang musim panas ini. Dihasilkan daripada bahan suede dua lapis yang tahan lasak namun lembut, Coach Brooklyn 39 bersaiz besar ini menawarkan ruang dalaman yang luas. Misalnya, ruangnya cukup luas untuk memuatkan komputer riba bersaiz 15 inci, sekali gus menjadikannya pilihan ideal buat anda yang gemar meluangkan masa di perpustakaan ketika cuti atau menyelesaikan tugasan sambil menikmati suasana santai di kafe. Elemen poket snap yang disediakan juga memudahkan anda untuk mencapai keperluan harian dengan pantas dan praktikal. Disempurnakan dengan siluet yang rapi, versi 39 ini turut hadir dengan tali bahu lebar yang memberikan keselesaan sepanjang pemakaian, serta penutupan magnetik yang memastikan penggunaan lebih mudah dan lancar.
Coach Chelsea Shoulder Bag 36


Coach Chelsea Shoulder Bag 36 menzahirkan aura effortlessly cool dan chic bersama rekaan minimalis yang moden. Diperbuat daripada bahan suede selembut baldu serta natural grain leather, beg bersaiz 36 yang luas ini menawarkan ruang dalaman terbuka untuk memuatkan keperluan harian seperti botol air mini dan dompet. Diiringi poket berzip untuk penggunaan lebih praktikal dan tali bahu yang selesa serta penutup pushlock yang selamat, beg tangan Coach ini sesuai digayakan sewaktu musim panas. Ia turut cukup serasi digayakan bersama set linen dalam rona neutral seperti putih atau krim bagi menghasilkan penampilan yang santai. Tekstur linen yang ringan dan mudah bergerak melengkapi siluet beg yang lembut serta minimalis.
MESTI MILIKI PILIHAN GLAM


Daripada rona dark fuchsia yang berani, maple brown yang hangat, hingga putih yang klasik, GLAM memilih palet warna istimewa yang menjadi nadi kepada gaya musim panas yang penuh pesona. Setiap rona membawa cerita tersendiri dan mengalun lembut bersama cahaya musim panas sekaligus menyempurnakan gaya dari yang santai hingga ke imej berkelas yang lebih anggun. Himpunan beg tangan Coach ini menjadi bahasa gaya yang berbicara dalam kehalusan estetika dan fungsi yang serasi. Namun di antara semuanya, pilihan utama GLAM jatuh kepada Coach Tabby Shoulder Bag 20 in Regenerative Cotton Denim. Beg tangan bersama motif denim ideal sebagai pilihan yang moden dan istimewa untuk gaya musim panas. Tekstur denim yang kasual memberi keseimbangan sempurna antara elemen bersahaja dan sofistikated sekaligus menjadikannya mudah dipadankan dengan helaian musim panas lain seperti kemeja linen atau denim-on-denim yang lebih berani.
Siluet berstruktur yang dihasilkan daripada gabungan kulit halus dan denim yang telah melalui proses khas untuk menampilkan efek love-worn yang berkarakter. Lebih kecil daripada saiz 26, versi 20 ini dilengkapi dua tali boleh tanggal yang membolehkan ia digayakan sebagai beg tangan, beg bahu pendek, atau dipakai secara silang tubuh. Ia turut dihasilkan menggunakan kapas yang diperoleh daripada ladang yang mengamalkan pertanian regeneratif. Ini adalah satu pendekatan yang membantu memelihara dan memulihkan tanah sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Coach dalam mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Untuk membeli beg tangan Coach pilihan-pilihan GLAM ini, anda boleh layari laman web Coach.
Beg tangan Coach yang sesuai buat gaya musim panas anda adalah termasuk Coach Barrel Bag, Coach Plaza Bag, Coach Tabby Shoulder Bag 26, Coach Tabby Shoulder Bag 26 With Pillow Quilting, Coach Brooklyn 28, Coach Brooklyn 39, Coach Chelsea Shoulder Bag 36 dan Coach Tabby Shoulder Bag 20 In Regenerative Cotton Denim. Anda boleh terokai lebih lagi di Coach® Malaysia Official | Handbags, Wallets & Accessories
ries
Dark fuchsia, maple brown, putih dan denim.
Ya, anda boleh membelinya di laman web Coach® Malaysia Official | Handbags, Wallets & Accessories
Anda boleh dapatkan himpunan beg tangan Coach pilihan GLAM di laman web malaysia.coach.com/storelocator.
Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang penjagaan kulit beg tangan Coach di laman web Coach Cares | Coach® Malaysia
Artikel berkaitan: Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Allergic Rescuers KL Berbakti Dengan Tujuh Gadis
Album Ke-20 Siti Nurhaliza, SITISM Raih Sambutan Luar Biasa
GLAM Mendekati Barisan Pereka Fesyen Generasi Kreatif Kini
5 Selebriti Yang Menyarung Gaun Perkahwinan Sendiri Ke Acara...
Puteri Aishah & Muhammad Firdaus Selamat Disatukan
Mengenang Legasi Barbie Hsu, Ikon Meteor Garden
CHRYSTAL TAN
Trend Kombinasi Palet Tahun 2025
Kim Kardashian West Bertarung Dengan Gangguan Mental
Kata-Kata Terakhir Putera Harry Kepada Jasad Ratu Elizabeth ...
Sembang Fesyen: Pearly Wong
Senarai Pemenang GLAM – JULAI 2017
Solekan Mata Fall/Winter 2015
The Obamas: Pasangan Paling Bahagia dan Bergaya?
Millennial It-Girl: Chiara Ferragni
Budaya Pembedahan Plastik Di Korea
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
