Koleksi Tas Tangan Bottega Veneta Penjelmaan Sebenar ‘Modern Elegance’
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioKoleksi tas tangan Bottega Veneta adalah puisi fesyen yang menenun warisan artisan dengan keanggunan moden, menjadikan setiap anyaman Intrecciato simbol elegansi abadi.
Ada tas tangan yang sekadar menemani, ada juga yang berbisik tentang cerita di sebalik setiap jahitan. Bottega Veneta berdiri sebagai rumah fesyen yang tidak mengejar pada trend, sebaliknya menenun bahasa estetika yang lahir daripada warisan, tangan artisan serta seni kreatif yang eksklusif. Melalui anyaman Intrecciato yang ikonik, himpunan tas tangan Bottega Veneta hadir sebagai puisi dalam bentuk item fesyen, yang mana menyatukan esen warisan dengan aura keanggunan moden yang begitu menawan dan kekal hingga ke hari ini.

Bottega Veneta Menenun Seni Ketukanan & Warisan Dalam Koleksi Tas Tangan Ikoniknya
1. Small Parachute

Tas tangan Small Parachute seperti hela nafas ringan yang membebaskan, terinspirasi daripada gabungan beg Tote Parachute dan Andiamo. Siluetnya lahir daripada panel tunggal Intrecciato, dilipat dengan cermat kepada empat penjuru untuk menghasilkan bentuk padat namun mudah digayakan. Tangkai ganda yang memberi fleksibiliti, sementara tali silang boleh laras menambah dimensi mobiliti dengan perincian penutup tab magnetik. Tanpa lapisan dalaman yang berat, ia kekal ringan yang mencerminkan kebebasan, namun tetap memelihara praktikaliti dengan butiran lain spserti poket berzip yang tersembunyi di dalam.
2. Andiamo

Diperkenalkan pada koleksi Musim Panas 2023, tas tangan Andiamo merangkumi semangat pengembaraan dengan reka bentuk yang nyata timeless. Namanya Andiamo yang bermaksud ‘Let’s go!’ dalam bahasa Inggeris, merupakan sebuah ajakan untuk melangkah, menjelajah dan menemui. Perincian anyaman Intrecciato versi terkini diperbuat dengan material kulit anak lembu yang membaluti luar dan dalam, manakala simpulan logam menjadi penghormatan kepada jenama yang berakar umbi di kota pelayaran Venice. Didatangi dengan pelbagai saiz, ruang dalamannya cukup praktikal serta tali boleh laras Andiamo adalah manifestasi keseimbangan antara estetika dan fungsi yang menjerit nada quiet luxury.
3. Campana

Tas tangan Campana adalah tafsiran semula tote ikonik yang diperkenalkan dua dekad lalu, kini kembali dengan sentuhan kehalusan baharu. Jalur Intrecciato yang lebih lebar menghasilkan tekstur lembut, seakan aliran yang cair. Struktur anyaman dapat dinikmati sepenuhnya, lantas mencipta kesinambungan halus antara bahagian luar dan dalam. Dengan ruang yang luas, reka bentuk bulat yang kontemporari serta kemasan kulit nappa premium, tas tangan Campana adalah pertemuan antara nostalgia arkib dan gaya jiwa moden.
4. Knot Clutch

Tidak ada yang lebih timeless daripada item fesyen Knot Clutch dari Bottega Veneta. Dengan clasps simpul yang telah menjadi tanda tangan rumah fesyen ini, tas kecil ini melampaui waktu dan trend apabila dipadukan. Ia sering diberi wajah baharu melalui material atau teknik anyaman Intrecciato yang berbeza, namun tetap setia pada bentuk asalnya yang ringkas dan elegan. Knot Clutch adalah lambang keanggunan yang kecil tetapi sarat dengan simbolisme, seolah-olah setiap simpulan adalah janji abadi antara warisan dan kemewahan gaya kontemporari.
Artikel berkaitan: Anyaman Intrecciato Ikonik, Bahasa Universal Buat Bottega Veneta
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
