Ikon Fesyen: Daphne Guinness - Glam Malaysia

Ikon Fesyen: Daphne Guinness

1

BERDARAH ARISTOKRAT
Siapa tidak kenal keturunan Guinness yang terkenal dalam industri pembuatan minuman keras paling berpengaruh di dunia. Daphne Diana Joan Susanna Guinness ialah pewaris asal keturunan Arthur Guiness dan anak kepada Jonathan Guiness dan Suzanne Lisney.
 
2

LADY GAGA MENGAGUMINYA
Kata Lady Gaga, “Daphne membantu saya untuk lebih mengenali diri. She’s like a huge source of inspiration for me.” Karisma seorang idola atau fesyen mogul yang dibawa oleh Daphne Guinness sentiasa menjadi inspirasi dan ikutan fesyenista dunia. Dia juga turut menjadi ahli panel juri bagi Dochester Fashion Prize.
 

GAYA RANGGI
Setiap langkahnya bersama sepatu tinggi dan stail kesukaannya pasti menyerlahkan gaya yang ranggi dan mewah. Sekitar 2008, Guinness membuat lelongan pakaiannya sendiri bagi memperolehi sumber kewangan untuk projek amal Womankind, iaitu badan kebajikan bagi menaiktaraf kehidupan wanita di negara membangun.
 
3

INSPIRASI PEREKA DAN JURUSOLEK
Rumah fesyen Akris pernah berkolaborasi dengan Daphne Guinness sebagai wajah kempen sekitar 2009. Keunikan wajah bujur sirih serta personanya turut menjadi inspirasi kepada jurusolek terkemuka dunia, Francois Nars.
 

See also
Datin X: Bakal Menantu Pisau Cukur

4

MAHU JADI PENYANYI OPERA
Selain memiliki pengaruh tersendiri dalam dunia fesyen, Daphne Guinness obses dengan buku ilmiah. Hari-hari mendengar muzik klasik Inggeris serta berangan-angan menjadi penyanyi orkestra.