Ken Scott Ilhamkan Bunga-Bunga Buat Gucci
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioGucci cukup menyukai nilai abstrak dan corak yang unik. Alessandro Michele yang sememangnya cukup romantik, selalu mengabadikan motif flora sebagai esen fesyennya di Gucci. Kini corak bunga ini terus diangkat lebih tinggi untuk koleksi Epilogue. Gucci mengabadikan corak ikonik bunga rekaan Ken Scott sebagai seri utama mereka. Pereka yang terkenal dengan gubahan corak bunga menjadi satu ikon penting dunia fesyen pada dekad 60-an dan 70-an.
Mengenali Ken Scott, dia merupakan pereka fesyen asal Amerika Syarikat dan menghabiskan kuliah di Parsons School. Dia terbang ke Eropah untuk hidup sebagai artis di sana. Bermula di Paris dan pada 1955, Scott memilih Milan sebagai tempat untuk bertapak. Bermula sebagai pereka tekstil, Scott mencuba nasib melancarkan koleksi baju dan aksesori pada 1962 bersama dengan DNA corak girangnya. Paling menonjol adalah gubahan motif bunga-bunga yang menjadikan Scott sebagai bintang baru era itu.
Kisah eksentrik Scott dengan Gucci dimadukan bersama oleh Michele dibawa koleksi khas Epilogue. Corak bunga-bunga gubahan Scott menyerikan lagi koleksi Gucci paling terbaru. Alessandro Michele berkongsi yang Scott ini adalah pereka tekstil yang hebat. “Dia melakar bunga dengan citra lebih romantik dan menyuntik bunga kepada elemen pop culture. Dia jadikan bunga ini sebagai papan tanda kedai utama dan ia bertambah-tambah menjadi yang cukup gah! Saya sukakan hasil kerjanya kerana saya cukup obses dengan corak bunga,” ujar Michele.
Pautan Berkenaan: La Prima, Ekspresi Baharu Giorgio Armani
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.





