Memadukan Sukan dengan Esen Cool, Intip Edisi Terhad Michael Kors & Ellesse - Glam Malaysia

Memadukan Sukan dengan Esen Cool, Intip Edisi Terhad Michael Kors & Ellesse

MICHAEL KORS DAN ELLESSE BERSATU MENGHADIRKAN KOLEKSI KAPSUL MERAIKAN GAYA OLAHRAGA RETRO ‘70-AN. TAMPILAN ATHLEISURE DIKEMAS LEBIH MEWAH DAN ELEGAN, SARAT AKAN TEKNIK UNIK YANG MENJADI CIRI KHAS KOLEKSI INI. 

Jenama ikonik Amerika, Michael Kors dan jenama pakaian sukan Itali ellesse menjalinkan kolaborasi untuk menghadirkan koleksi mengilhami gaya sukan bernafas retro ‘70-an. Kempen iklannya menampilkan model Emily Ratajkowsi, pemuzik rap dari Brooklyn, Jay Critch dan barisan pemuzik, model dan beberapa lagi yang bersifat cool.

Nada koleksi yang bertenaga, sporty dan bercampur elegan dihidupkan melalui penghasilan kempen. Bertempat di Miami, kempen itu dirakam oleh jurugambar fesyen terkenal Lachlan Bailey dan penataan gaya oleh Mel Ottenberg. 

Akan dilancarkan pada penghujung Mei, koleksi kapsul Michael Kors x ellesse menawarkan gaya sukan retro yang mewah dan moden. Menonjolkan sifat berani, keyakinan dan gaya hidup cool, merangkumi 24 rekaan yang dihiasi dengan logo ikonik Michael Kors dengan logo tenis dan ski ellesse yang diinspirasikan. Corak berjalur yang turut menampilkan logo ellesse x Michael Kors terdapat pada aksesori seperti beg dan kelengkapan fesyen lain.  

See also
The Ultimate Parisian Girl

Menawarkan satu lagi sentuhan yang segar, palet warna ‘signature’ ellesse iaitu oren dan merah menyala berpadu warna klasik biru dan putih segar. Jaket dan seluar trek yang bermutu, pakaian renang bernafas vintaj dan bercorak playful, sniker chunky, sandal berlogo dan topi bucket warna neon yang meraikan paduan gaya moden dan klasik. Beg galas Hudson yang mesti miliki dari rekaan Kors dan beg bahu Bradshaw pula menawarkan aksesori terhangat musim panas. 

Artikel berkaitan: Beg Chanel 22 Jadi Obsesi Terkini GLAM!