Vanessa Hudgens Tayang Baby Bump Di Anugerah Akademi 2024
Tiga bulan memegang status isteri, Vanessa Hudgens bakal menggalas tanggungjawab sebagai ibu tidak lama lagi.
Aktres berusia 35 tahun itu mengejutkan peminat apabila muncul di karpet merah Anugerah Akademi atau Oscar 2024 dengan perut yang semakin membesar. Menurut jangkaan, dia kini berada pada trimester kedua kehamilan.
Vanessa kelihatan anggun dalam gaun labuh lengan panjang rona hitam daripada Vera Wang Haute yang dipadankan dengan barang kemas berlian. Dia diberi tanggungjawab menghoskan acara Countdown to Oscars: On the Red Carpet Live! di samping aktres Julianne Hough.

Foto: Getty Images
Impian Vanessa Hudgens Untuk Bergelar Isteri Tercapai
Vanessa dan pemain besbol, Cole Tucker disatukan sebagai suami isteri dalam majlis perkahwinan tertutup pada Disember 2023 di Tulum, Mexico. Bertema hutan belantara, hari bahagia mereka dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga, kenalan terdekat dan rakan selebriti seperti Sarah Hyland dan Alexandra Shipp.
Menerusi temu bual bersama Vogue, bintang trilogi The Princess Switch itu mengakui bergelar isteri Cole adalah detik paling indah dalam hidupnya. Dia turut meluahkan rasa terharu kerana impiannya untuk menaiki jenjang pelamin pada usia 30-an akhirnya tercapai.

Foto: Vogue
“Perkahwinan saya ibarat satu keajaiban. Saya amat bersyukur dan gembira dengan penyatuan ini.
Sorotan LainAda Apa Dengan Harry Styles & Camila Cabello?
5 Filem Terbaik Lakonan Kate Hudson Menurut IMDb
Timang Cahaya Mata Ke-10, Elon Musk Beri Respons Tidak Dijangka
Kulit Majalah Vogue Kamala Harris Cetus Kontroversi
Strangest Experienced At Good Vibes Festival
Kylie Jenner Melancarkan Koleksi Mini Bratz Doll Terkini![]()
“Malah semua tetamu memberi kerjasama yang baik apabila diminta untuk tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu majlis berlangsung,” katanya.
Pasangan ini mula dikaitkan bersama pada November 2020 dan mengumumkan pertunangan mereka kepada umum pada Februari 2023. “Dia jejaka sempurna untuk saya. Saya amat gembira,” kongsinya.
Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
