fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Jennie Blackpink & V BTS Dilamun Cinta?
Tinjau Kediaman Mewah Cher Bernilai RM92 Juta Di La Gorce Island
Simbolik Nama Puteri Sulung Priyanka Chopra & Nick Jonas
Platform E-Dagang Gubahan Bunga Dan Gifting 50GRAM
Lisa BLACKPINK Cipta Sejarah Sebagai Artis K-pop Pertama Beraksi di Pentas Oscar
Home > Gaya Hidup > Wanita-Wanita Di Sebalik Bintang Pemain FIFA World Cup 2026

Wanita-Wanita Di Sebalik Bintang Pemain FIFA World Cup 2026

Menjelang FIFA World Cup 2026, perhatian dunia bukan sahaja tertumpu kepada aksi para pemain di atas padang, malah turut beralih kepada wanita-wanita yang berdiri teguh di sisi mereka. Kenali para wanita yang menjadi teman hidup pemain-pemain FIFA World Cup 2026.

FIFA World Cup 2026 menjanjikan aksi bola sepak bertaraf dunia, namun seperti edisi-edisi terdahulu, sorotan tidak hanya terhenti di atas padang. Kehadiran para pasangan pemain turut menjadi antara topik hangat yang dinantikan peminat, terutama apabila mereka hadir dengan gaya yang mencerminkan status sebagai ikon fesyen dan budaya pop masa kini. Daripada Georgina Rodríguez hingga Antonela Roccuzzo, ramai dalam kalangan mereka telah membina empayar dan pengaruh tersendiri jauh melangkaui dunia bola sepak. GLAM kongsikan para wanita yang  yang bakal mewarnai sorotan FIFA World Cup 2026.

Ini Para Wanita Yang Bakal Mencuri Tumpuan Di FIFA World Cup 2026 

1. Antonela Roccuzzo, Isteri Lionel Messi 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Antonela Roccuzzo (@antonelaroccuzzo)

Di sebalik kejayaan legenda bola sepak Lionel Messi, berdiri seorang wanita yang sentiasa menjadi sumber sokongan utamanya, Antonela Roccuzzo. Kisah cinta mereka sering dianggap antara yang ikonik dalam dunia sukan kerana bermula sejak zaman kanak-kanak di Rosario, Argentina. Setelah bertahun-tahun mengenali antara satu sama lain, pasangan ini akhirnya mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, Antonela bukan hanya dikenali sebagai isteri kepada salah seorang pemain bola sepak. Beliau membina identitinya sendiri sebagai model, usahawan dan personaliti media sosial dengan 39.3 juta pengikut di Instagram. Gaya fesyennya yang elegan dan sofistikated sama ada menghadiri acara fesyen antarabangsa atau menyokong Messi dari tempat duduk penonton, membuatkan Antonela sentiasa tampil sebagai peneman hidup ideal buat bintang bola sepak itu.

2. Georgina Rodríguez, Tunang Cristiano Ronaldo

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Georgina Rodríguez (@georginagio)

Sebagai pasangan kepada Cristiano Ronaldo, Georgina Rodríguez telah menjadi antara pasangan berpengaruh kepada pemain bola sepak dunia. Dilahirkan di Argentina dan dibesarkan di Sepanyol, Georgina memulakan kerjayanya sebagai model sebelum menempa nama sebagai usahawan, personaliti televisyen dan ikon media sosial.Dilahirkan pada tahun 1994, Georgina Rodríguez telah menjalin hubungan bersama Cristiano Ronaldo sejak tahun 2017. Setelah hampir sedekad bersama, pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada tahun 2025, lengkap dengan cincin berlian mewah yang menjadi bualan ramai. Sepanjang hubungan mereka, Georgina dan Ronaldo telah membina sebuah keluarga yang bahagia bersama lima orang cahaya mata. Namun, pasangan ini turut pernah melalui detik yang menyayat hati apabila kehilangan seorang bayi lelaki ketika proses kelahiran pada tahun 2022, satu pengalaman yang dikongsikan secara terbuka dan menyentuh hati peminat di seluruh dunia. Kehadirannya di barisan hadapan pertunjukan fesyen serta kerjasama bersama jenama-jenama mewah mengukuhkan statusnya sebagai ikon gaya masa kini. 

3. Bruna Biancardi, Pasangan Neymar Jr.

Bruna Biancardi merupakan model dan pencipta kandungan digital dari Brazil yang terkenal menerusi gaya hidup serta estetika fesyennya yang sofistikated. Namanya semakin mendapat perhatian antarabangsa selepas menjalinkan hubungan dengan bintang bola sepak Brazil, Neymar Jr. Walaupun hubungan mereka sering menjadi perhatian media, Bruna berjaya membina pengaruhnya sendiri menerusi platform media sosial, di mana beliau kerap berkongsi kandungan berkaitan fesyen, kecantikan dan gaya hidup. Dikenali dengan imej yang chic, Bruna sering menjadi inspirasi gaya buat para peminatnya, terutamanya di platform Instagram yang kini mempunyai 15.1 juta pengikut. Bruna Biancardi dan Neymar Jr. turut dikurniakan 2 orang anak perempuan, sekali gus menambahkan lagi perhatian peminat terhadap kehidupan peribadi mereka. 

4. Agustina Gandolfo, Isteri kepada Lautaro Martínez

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Agus Gandolfo (@agus.gandolfo)

Agustina Gandolfo yang  berasal daripada Argentina merupakan model, usahawan dan personaliti media sosial yang dikenali sebagai isteri kepada kapten pasukan kebangsaan Argentina, Lautaro Martínez. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2023 selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata. Kehidupan keluarga mereka sering mendapat perhatian peminat, terutamanya ketika Agustina setia memberi sokongan kepada Lautaro dalam kejohanan-kejohanan utama antarabangsa. Selain bergelar isteri kepada Lautaro Martínez, Agustina turut menempa kejayaan dalam dunia perniagaan dan kesihatan. Agustina sering berkongsi rutin kesihatan, gaya hidup aktif serta inspirasi fesyen menerusi media sosial, sekali gus mengumpul 1.6 juta pengikut di Instagram. 

5. Isabel Haugseng Johansen, Pasangan kepada Erling Haaland

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erling Braut Haaland (@erling)

Isabel Haugseng Johansen mula menjadi perhatian umum selepas menjalin hubungan dengan pemain bola sepak ensasi Norway, Erling Haaland. Berbeza dengan kebanyakan pasangan bintang bola sepak yang aktif di media sosial, Isabel memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi dan jarang berkongsi kisah peribadinya kepada umum. Namun, kehadirannya di beberapa perlawanan penting bagi menyokong Haaland telah menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia. Pasangan ini dipercayai telah mengenali antara satu sama lain sejak usia remaja ketika sama-sama membesar di Norway. Walaupun memilih untuk menjauhkan hubungan mereka daripada sorotan media, Isabel sering dipuji kerana sikapnya yang sederhana dan autentik. Kini, pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata bersama. 

Artikel berkaitan: Pasangan Selebriti Yang Mengikat Tali Pertunangan 2026