Related Stories
Hampir dua dekad bergelar pelakon, Fazura mengambil satu langkah ke hadapan dengan mencuba bidang pengarahan.
Selepas menubuhkan syarikat produksi Fazura Pictures dan aktif menjadi penerbit, aktres dan usahawan berusia 40 tahun itu meluahkan hasrat untuk bergelar sutradara. Menerusi syarikat miliknya, dia mahu menghasilkan lebih banyak karya mengikut kehendaknya. Dalam masa sama, dia mahu turut sama berlakon dalam projek yang dihasilkan. Namun ini bukanlah bermakna dia tidak lagi ditawarkan peluang lakonan daripada syarikat produksi lain.

“Tawaran berlakon banyak, cuma tidak menepati cita rasa saya. Kebanyakan jalan cerita yang diberikan sebelum ini banyak kisah penyondol, dua perempuan berebut seorang lelaki dan ia membosankan. Saya mahu memartabatkan maruah wanita melalui karya dihasilkan selain mahu menerbitkan drama berkualiti. Saya masih mendalami bidang pengarahan sebelum bergelar sutradara,” katanya, menurut laporan Berita Harian.
Misi Dan Perancangan Fazura Pictures
Syarikat produksi Fazura Pictures baru-baru ini menerbitkan dua buah tangan sulung sempena pelancaran koleksi tudung terbaharu. Diarahkan oleh Bahri Umararif, filem pendek berjudul Adinda dan Kakak Kita Ke Jakarta boleh ditonton di platform YouTube. Fattah Amin turut membintangi kedua-dua filem tersebut.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, misi utamanya adalah untuk menghasilkan lebih banyak karya berbeza di masa hadapan menerusi Fazura Pictures. Pelbagai perancangan akan dilakukan selepas ini. Ini termasuk melibatkan lebih ramai pelakon dan menghasilkan karya dengan genre berbeza. “Tak kisah genre bagaimana, dan memang banyak genre saya mahu hasilkan termasuk seram.”

Foto: Mstar
Namun apa yang penting buat Fazura adalah karya yang dihasilkannya padat dengan mesej berguna. Malah dia mengharapkan agar buah tangannya dapat mendidik minda dan memberi kebaikan kepada semua penonton. “Saya harap nak buat filem, telemovie dan sebagainya. Bagaimanapun karya yang dihasilkan hendaklah memberi manfaat kepada masyarakat. Ini kerana kebanyakan yang kita lihat di kaca televisyen adalah cerita mengarut. Sejujurnya terdapat banyak cerita sedemikian sebab tiada mesej yang hendak disampaikan.”
Baca: Kurniaan Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Buat Fazura
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
