Selebriti Berkongsi Pengalaman Menghidap Kanser Payudara

5 Selebriti Berkongsi Pengalaman Menghidap Kanser Payudara

Perjuangan kanser payudara bagi wanita bukan satu perkara yang mudah. Namun, mereka masih berpeluang untuk mendapat kesembuhan. GLAM kongsikan lima selebriti terkenal yang berkongsi pengalaman menghidap kanser payudara. 

Kanser payudara adalah salah satu bentuk kanser yang paling biasa di kalangan wanita di seluruh dunia. Kanser payudara adalah sejenis kanser yang timbul dari pada tisu payudara. Biasanya dari lapisan dalam saluran susu atau lobulus yang membekalkan susu ke saluran susu.

Pembentukan kanser payudara di pengaruhi oleh faktor genetik dan faktor persekitaran. Antara faktor – faktor yang berisiko ialah sejarah keluarga yang positif, umur, gaya hidup dan pernah terdedah kepada radiasi.

Perjuangan kanser payudara bagi wanita bukan satu perkara yang mudah. GLAM kongsikan 5 selebriti berkongsi pengalaman menghidap kanser payudara. 

Kanser payudara mempunyai banyak peringkat, iaitu :

  • Peringkat 1 : Terdapat tumor kecil di dalam tisu payudara.  Kanser kurang daripada 2 cm.
  • Peringkat 2 : Peringkat 2 masih di anggap awal. Kanser di dalam payu dara nodus limfa ber dekatan. Kanser 2 – 5 cm.
  • Peringkat 3 : Kanser telah merebak dari payudara ke nodus limfa, kulit payudara, atau dinding dada yang ber dekatan. Kanser besar dari 5 cm.
  • Peringkat 4 : Kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain. Peringkat ini juga dikenali sebagai kanser payudara skunder dan tidak boleh di sembuh.

Selebriti Yang Pernah Menghidap Kanser Payudara

Mari lihat selebriti yang menghidap kanser payudara dan masih lagi bertahan sehingga kini.

1. Nas Adila

Perjuangan kanser payudara bagi wanita bukan satu perkara yang mudah. GLAM kongsikan 5 selebriti berkongsi pengalaman menghidap kanser payudara. 

Sejak awal Mac lalu, penyanyi Nas Adila redha dengan ketentuan ilahi apabila disahkan menghidap kanser payudara. Dia berkata kanser itu mula dikesan selepas mendapat rawatan doktor di Hospital Selayang.

See also
Rasai Pengalaman Makan Secara "Omakase" di Kuala Lumpur

Pada mulanya dia sangat terkejut mendengar khabar itu. Namun, dia perlu kuatkan diri dan sentiasa kekal positif untuk berdepan dengan ujian ini. Penyanyi itu juga berkata keluarga serta orang sekelilingnya sentiasa memberi sokongan dan ujian ini juga menjadi asbab hubungannya bersama suami menjadi lebih rapat.

Katanya, “Saya percaya setiap ujian itu tanda Allah masih sayang. Saya bersyukur kerana Allah jentik hati ini untuk dekatkan diri kepada-Nya.”

Suaminya sangat tenang apabila menerima berita ini dan banyak memberi semangat kepadanya. Meskipun sedang berdepan dengan kanser ini, dia masih aktif dengan jadual harian nya termasuk jemputan untu persembahan dan aktiviti zumba.

Ujarnya lagi,

” Saya banyak merujuk penyakit kanser yang lain. Mereka juga masih meneruskan aktiviti harian mereka mengikut kemampuan. Jadi saya aan terus aktiviti kerana saya tidak mahu terlalu memikirkan kanser ini.”

2. Adriani Marshanda

Siapa yang tidak kenal penyanyi dan pelakon dari indonesia iaitu Adriani Marshanda. Pada tahun 2022, dia berkongsi pada orang ramai kini dia sedang menghadapi kanser payudara. Perkongsian tersebut dibuat melalui laman youtube akaun peribadi miliknya yang bertajuk ” I Have Breast Tumor “.

Katanya,

“Tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya. Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.”

Di dalam video itu juga, dia membuat satu pesanan untuk anak perempuannya iaitu Sienna Kasyafani. Dia berharap anaknya akan mendoakan dirinya jika sudah tiada nanti. Penyanyi itu juga meminta anaknya untuk mendengarkan lagu yang ditulis olehnya khas untuk puteri kesayangannya itu.

See also
Resipi Puding Roti Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro

3. Dame Maggie Smith

Perjuangan kanser payudara bagi wanita bukan satu perkara yang mudah. GLAM kongsikan 5 selebriti berkongsi pengalaman menghidap kanser payudara. 

Pelakon terkenal iaitu Dame Maggie Smith di diagnosis menghidap kanser payudara pada usia 74 tahun semasa penggambaran filem “Harry Potter and the Half-Blood Prince.” Pelakon ini berkeras untuk meneruskan penggambaran, walaupun semasa kemoterapi.

Kata pelakon itu,

“Saya tidak berambut, saya tiada masalah untuk memakai rambut palsu itu. Namun, saya kelihatan seperti telur rebus.”

Walau bagaimanapun, Dame Maggie Smith terus berlakon dalam filem terakhir siri itu yang bertajuk “Harry Potter and the Deathly Hallows.” Dia mengakui bahawa mendapat kanser payudara pada usianya mengubah pandangannya tentang masa depan, namun dia tetap bertenaga.

4. Julia Louis-Dreyfus

Pada September 2017, pelakon dari Amerika dan juga pemenang pelbagai Emmy Awards iaitu Julia Louis-Dreyfus, mengumumkan diagnosisnya di Twitter.

Pelakon yang berusia 56 tahun ketika itu berkata, “1 daripada 8 wanita mendapat kanser payudara. Hari ini, saya salah seorang,” tulisnya.

Walaupun ini adalah kanser pertama yang dihadapi olehnya namun sebelum ini dia menyokong penyelidikan kanser dengan Yayasan Livestrong, serta menyokong punca alam sekitar dan kehidupan hijau.

Pelakon itu menyedari bahawa tidak semua wanita mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan. Dia berharap Amerika Syarikat menyediakan penjagaan kesihatan yang sejagat untu semua.

See also
#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2018 Day 2!

5. Tini Ariffin

Perjuangan kanser payudara bagi wanita bukan satu perkara yang mudah. GLAM kongsikan 5 selebriti berkongsi pengalaman menghidap kanser payudara. 

Lama tidak mendengar khabar, Tini Ariffin pengacara program 3R, mendedahkan dia kini menghidap kanser payudara menerusi satu perkongsian di akaun instagram miliknya. Menurutnya, pada awal tahun lalu kanser ini berada pada tahap 1.

Pengacara itu berkata, dia menyimpan perkara ini lebih kurang 2 bulan kerana dia tidak tahu sama ada perlu berkongsi atau tidak. Tulisnya, “Tapi, saya terpanggil nak kongsikan sebab saya tahu, di luar sana, ada ramai wanita yang melalui perjalanan ini sama seperti saya. Saya harap, perkongsian saya ini bermanfaat.”

Dia sedar kewujudan ketulan di payudara itu ketika dia sedang mandi. Pada kesokkan harinya dia ke hospital untuk melakukan pemeriksaan. Namun dia berkata dia melakukan Mammogram dan Ultrasound pada setiap tahun sejak memasuki usia 40-an sebelum menyedari kewujudan ketulan itu.

“Penantian untuk keputusan biopsy itu mengambil masa tiga hari bekerja. Saya terus berdoa dan berfikir positif bahawa ketulan dan ketumbuhan itu adalah bukan benda yang buruk. Ramai yang mendoakan saya agar semuanya okay. Saya sangat bersyukur.”

Tulisnya lagi, “Allah tahu segalanya dan keputusannya adalah kanser tahap satu. Semua yang berada di hospital berkata, saya bertuah kerana saya dapat kesan mengenainya lebih awal dan terus bertindak. Bayangkan, kalau saya simpan sendiri dan anggap bahawa ia adalah ketulan biasa”.

Artikel Berkaitan : 7 Artis Tampak Normal Namun Sebenarnya Berdepan Gangguan Mental