Untuk Si Isteri: 6 Langkah Mudah Capai Orgasme - Glam Malaysia
Untuk Si Isteri: 6 Langkah Mudah Capai Orgasme

Untuk Si Isteri: 6 Langkah Mudah Capai Orgasme

Mudah untuk sang suami namun sulit untuk si isteri mencapai orgasme setiap kali ‘bersama’. GLAM senaraikan helah mudah untuk anda tahu!

Bukan lagi suatu yang taboo untuk kita membicarakan hal ini. Kepuasan satu hala dalam perhubungan bukanlah suatu yang cool dan boleh dihadam segelintir wanita. Apatah lagi buat wanita hari ini yang tidak lagi seperti dahulu kala yang mana sering memendam perasaan. Wanita moden hari ini lebih berani membicarakan perkara sensitif dan sentiasa ke depan menuntut hak dan kemahuan hati.

Pautan berkaitan: 8 Cara Untuk Seks Tahan Lebih Lama

Memang ada kalanya wanita lebih fokus kepada hal keluarga dan kerjaya dan dalam masa yang sama memandang enteng kemahuan di ranjang. Mencapai orgasme atau tidak bukanlah satu perkara yang merungsingkan hati, pada mereka ia sudah memadai bila mana berjaya membuat suami klimaks dan bahagia (makan dan pakai terjaga).

Tidak kira anda wanita yang bagaimana, kemahuan seks perlu dibela. Jika anda malu bertanya dan mendapatkan nasihat pakar. We’ve got you covered. Baca langkah mudah di bawah untuk bawa perjalanan asmara bersama suami jadi lebih bermakna.

See also
Idea Ruang - Kamar Beradu

Relaks

Ghairah seks akan memudar jika anda tidak cukup rehat dan tidak tenang. Pastikan anda benar-benar tenang sebelum ke kamar tidur bersama pasangan. Jika pelbagai masalah bermain di minda, kosongkannya dengan mandi dan membersihkan diri sebelum adegan panas berlangsung.

Kemudian, secara naturalnya anda akan berada dalam keadaan tenang untuk beraksi. Pacukan fokus anda kepada kenikmatan yang bakal diperoleh berbanding untuk fokus kepada orgasme masing-masing. Sekaligus minda dan tubuh berada dalam keadaan relaks dan keadaan ini memudah anda dan pasangan mencapai klimaks yang diingini.

Komunikasi

Di dalam apa jua hal di dalam dunia, baik bidang profesional atau pun kekeluargaan, komunikasi merupakan perkara yang amat penting. Jadi, apa jua permintaan dan kemahuan seks anda, cuba sampaikan kepada suami. INGAT, si dia bukan lah mind reader. Ada kalanya mereka tidaklah sebijak yang kita sangka.

Untuk mengelakkan rasa tidak selesa atau klimaks yang tidak kesampaian, berdiskusi tentang seks secara terbuka adalah solusi terbaik masa kini. Apa yang anda dan si dia gemar dan jangan lupa kepada perkara yang kurang digemari bersama. Usah memendam perasaan apatah lagi malu melontarkannya. Anda sudah membina keluarga bersama, jadi tiada alasan lain untuk merahsiakannya antara satu sama lain.

See also
Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan

Minta lagi dan lagi

Saat kalian bersama, jika ada yang kelakuan pasanganmu yang menyenangkan hati, beritahunya serta-merta supaya anda tidak lupa untuk nyatakan padanya selepas kalian ‘bersama’. Ada antara kita yang mudah lupa atau tiba-tiba malu untuk membincangkannya. Jadi, saat anda beraksi bersama adalah saat paling ideal untuk memberi input seks yang berguna.

Tidak kira sebelum, sedang atau selepas kalian bersama, yang penting anda beritahunya. Usah diam. Lebih baik untuk minta suaminya lakukan berkali-kali. Enjoy!

Nikmatinya

Pastikan konsentrasi hanyalah pada babak-babak indah anda berdua kala di kamar beradu. Jika fikiran anda bebas dari sebarang masalah dan gangguan lain, ia akan memudahkan lagi anda mencapai orgasme. Hayati saat anda ‘bersama’, dari belaian mesra, urutan manja, ciuman hangat dan akhirnya membuat anda berlayar dengan mudahnya!

Berfantasi

Berfantasi membuat anda mengikis emosi positif dan hanya fokus kepada keindahan rasa yang sedang anda alami ketika itu. Ya, wanita paling banyak berfikir yang bukan-bukan termasuklah kala melakukan hubungan seks.

See also
6 Wanita Yang Pernah Bertakhta Di Hati Elvis Presley

Cuba ini: Ketika anda sedang mencapai orgasme, cuba tahan dan lepaskan otot dasar pinggul. Dengan cara ini boleh mendorong orgasme paling hebat pernah anda kecapi.

Never Stop

Apa jua aksi yang anda lakonkan pada saat sang suami sedang klimaks, INGAT, jangan berhenti. Ini kerana pada saat ejakulasi suami, ia adalah saat paling terangsang untuk anda masing-masing. Minta si dia lakukan stimulasi pada bahagian tubuh yang anda sukai, trik ini akan bawa anda nikmati seks dengan lebih baik.

Foto: Womanizer WOW Tech on Unsplash