Related Stories
Filem Seram Lakonan Ashraf Sinclair Akhirnya Menemui Peminat
Selepas 15 tahun, filem lakonan Allahyarham Ashraf Sinclair yang ditunggu-tunggu kini bakal menghiburkan penonton di layar perak.
Filem seram berjudul Syaitan Munafik itu dihasilkan pada tahun 2008 dengan modal sebanyak RM1.7 juta. Ia digilap semula menerusi sentuhan penerbit kreatif, MP Roslin Md Sharif namun masih mengekalkan jalan cerita sedia ada.
Walaupun lebih sedekad tertangguh, ia masih relevan untuk ditayangkan kepada peminat, menurut penerbit Datuk Mohd Roshdi Shair.

Foto: Instagram
“Tiada apa-apa perbezaan masa dan latar cerita untuk genre ini. Lainlah kalau genre cinta kerana pasti ada perbezaan aspek yang disebutkan tadi. Filem ini tertangguh akibat masalah tertentu seperti aspek teknikal.
“Ashraf pun hanya sempat tengok treler dan bukannya filem penuh. Dia memang teruja dan puji filem hasil arahan Majed Salleh ini,” ujarnya.
Selain Ashraf, ia turut dibintangi Faizal Hussein, Raja Farah, Ruminah Sidek, Datuk Jalaluddin Hassan, Dian P Ramlee, Linda Hashim, Kazar Saisi dan beberapa lagi pelakon terkenal.
Artis Indonesia Bantu Promosi Filem Ashraf Sinclair
Sempena malam gala tayangan Syaitan Munafik dua hari lalu, 18 pelakon filem dan sinetron Indonesia diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk memberi sokongan sekali gus memeriahkan acara.
Antara yang hadir adalah Mayang Lucyana, Dafina Jamasir, Ichal Muhammad, Vanda, Hami DIA, Vinessa Ines, Derick Jordan, Lolly Ismaya, Erlina Sutansyah, Arida Nuraini, Vidya Ully dan Anissa Kayla.

“Mereka merupakan sahabat kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair dan pernah berlakon dengan hero filem Syaitan Munafik ini,” kata penerbit.
Tambahnya, selain menjadi sahabat Ashraf, mereka ini juga merupakan teman dua pelakon Indonesia yang turut membintangi Syaitan Munafik, Dea Lestari dan Tessa Mariska.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei pada 21 Disember 2023. Manakala di Indonesia pada pertengahan Januari 2024.
Foto: NSTP
Baca: 10 Filem Seram Korea Untuk Anda Tonton Hujung Minggu Ini
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
